Connect with us

Oh! Media

Kes Neelofa Dan Suami, Kertas Siasatan Sudah Dihantar Ke Pejabat Peguam Negara

Trending

Kes Neelofa Dan Suami, Kertas Siasatan Sudah Dihantar Ke Pejabat Peguam Negara

Polis telah menyerahkan kertas siasatan berkaitan selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Ismail, berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ke Pejabat Peguam Negara pagi tadi untuk tindakan lanjut.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kertas siasatan itu dihantar selepas pihak polis selesai melengkapkan siasatan kes berkenaan. 

“Kertas siasatan sudah dihantar dan kita tunggu keputusan Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, dalam satu laporan media, Mohd Fazley menjelaskan bahawa siasatan sedang dijalankan membabitkan isu berkaitan video yang tular di media sosial susulan Neelofa dan PU Riz yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris Ismail telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan kes melibatkan mereka membeli permaidani di sebuah kedai di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Beliau sebelum ini menegaskan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis juga turut mengambil keterangan pemilik serta pembantu premis perniagaan tersebut bagi membantu siasatan.

Neelofa sebelum ini pernah hangat menjadi bualan netizen apabila beberapa gambar dimuat naik di akaun instagram beliau seolah-olah sedang bercuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika berada di Langkawi untuk pelancaran cawangan terbaru Chatime.

Kali ini Neelofa didakwa merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet dan netizen mempertikaikan bagaimana dia boleh merentas negeri semata-mata hanya untuk membeli barang perhiasan rumah.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas