Connect with us

Oh! Media

“Sendiri Cari Pasal Sendiri Cuak” – Tanya Soalan Panas, Janna Nick Diserang Netizen Didakwa Jadi Punca Gaduh

Oh! Artis

“Sendiri Cari Pasal Sendiri Cuak” – Tanya Soalan Panas, Janna Nick Diserang Netizen Didakwa Jadi Punca Gaduh

Pelakon, Azhar Sulaiman menerusi satu hantaran Instagram menegur pihak produksi rancangan Famili Duo supaya tak menjadikan perkahwinan peserta, Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin Hassan sebagai bahan gurauan.

ADVERTISEMENT

Pelakon ini turut meminta produksi menjaga hati isteri pertama jurulatih, Datin Zalina Zaini yang merupakan anak saudaranya.

Tolong jaga hati

Hantaran Azhar Sulaiman itu kemudiannya dimuat naik semula oleh pelakon, Datuk Fizz Fairuz yang meminta perkara itu dihentikan.

Di ruangan komen, hos program Janna Nick meminta gambarnya dalam hantaran itu dipadam. Kata Janna, dia tak ada kena mengena dengan isu keluarga tersebut.

“Saya tak ada kena mengena” – Janna Nick

Penyanyi lagu Mentari Setia ini turut meminta maaf kerana tak sensitif dengan perkara yang dia sendiri tak tahu dan tak diberitahu pada awalnya.

Namun, penjelasan Janna itu menerima reaksi kurang baik daripada netizen. Mereka mendakwa soalan yang ditanya Janna pada malam itu menjadi punca isteri bekas jurulatih bergaduh.

Dikecam netizen

Kredit: Instagram fizzfairuzofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas