Connect with us

Oh! Artis

“Semuanya Datang Dari Allah”- Fazura Tak Takut Diboikot Jenama Antarabangsa, Lantang Bersuara Tentang Palestin

Isu perang antara Palestin dan Israel makin dapat perhatian dunia sejak daripada peristiwa 7 Oktober 2023. Sejak daripada itu, jenama pro-Israel telah diboikot secara berleluasa dengan adanya gerakan #Blockout2024 di media sosial.

Pelakon dan usahawan, Fazura salah satu artis yang tak takut untuk bersuara tentang keganasan yang berlaku di sana.

IKLAN

Menerusi laporan Hib Glam, dia berkata tak bimbang jika tiada tawaran daripada jenama antarbangsa kerana percaya dengan rezeki dari Allah.

Semuanya datang dari Allah. Alhamdulillah, Tuhan berikan saya kekuatan itu.

Memang ramai yang risau dan takut kalau selepas ini tak dapat tawaran kerja dan sebagainya, tetapi ini jihad saya.

Katanya, dia juga tidak mengejar sebarang pengiktirafan daripada berkongsi tentang negara tersebut.

Hanya lakukan tugas sebagai seorang muslim

Sebelum ini, ada khabar angin rumah tangganya dengan Fattah Amin bergolak disebabkan kurang berkongsi kehidupan peribadi di media sosial namun semua itu telah dinafikan oleh pasangan ini.

Palestin juga menjadi sebab kenapa saya kurang berkongsi kehidupan peribadi dalam media sosial sebab saya rasa tak adil untuk paparkan kebahagiaan bersama suami dan anak ketika ini.

Tambahnya dia juga sedih melihat golongan ibu di sana menangis dan meratapi kehilangan anak dan berharap agar semua berjuang untuk saudara di sana.

Kami juga ada salurkan bantuan bersama dan kerjasama itu yang membuatkan kami nekad untuk terus menyebarkan maklumat tentang Palestin kepada dunia.

Sementara itu, Fazura juga berhasrat untuk berlakon siri sinetron atau drama di negara jiran kerana mahu mencabar kemampuan lakonannya.

Alhamdulillah, masih tegas dengan pendirian untuk pertahankan hak rakyat Palestin. Tak banyak artis yang mampu buat macam ni. Semoga dia sentiasa dilimpahkan dengan rezeki.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas