Connect with us

Oh! Media

“Semua Orang Pelik Kenapa Saya Macam Tu?” – Zul Huzaimy Terima Ugutan Akibat Ucapan Sentuh Isu Perkauman

Oh! Artis

“Semua Orang Pelik Kenapa Saya Macam Tu?” – Zul Huzaimy Terima Ugutan Akibat Ucapan Sentuh Isu Perkauman

Gara-gara membuat kenyataan yang berbaur ekstrem ketika menjadi panel ceramah baru-baru ini, pelakon, Zul Huzaimy kini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

ADVERTISEMENT

BACA : Keluarkan Kenyataan Ekstrem, Zul Huzaimy Disiasat Pihak Polis

Menurut laporan Harian Metro, pelakon yang berusia 43 tahun itu akui ada terima ugutan akibat isu klip video kontroversi ucapannya yang berbaur perkauman itu.

Walau bagaimanapun, Zul tidak mahu untuk mendedahkan jenis ugutan yang diterimanya kerana kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. 

Memang saya ada terima ugutan, tapi saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa yang masih melakukan siasatan sehingga sekarang. Saya juga sudah memberi kerjasama kepada polis dan sekarang siasatan masih berjalan lagi.

Zul juga akui kesilapannya dan mengatakan bahawa manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. 

Saya ini manusia biasa yang tak lepas melakukan kesilapan. Adakalanya tersasar juga menggunakan perkataan tidak sesuai. Saya bukannya artis yang sukakan kontroversi. Sebelum-sebelum ini pun, mana ada saya buat apa-apa (kontroversi).

Semua orang pelik, kenapa Zul macam itu? Jadi, itulah manusia sebenarnya dan saya berharap semua penonton dan peminat saya memahami apa yang berlaku itu ialah lumrah sebagai manusia biasa, tak lepas daripada tersasar juga buat kesilapan. Saya berharap ini adalah pengajaran kepada saya.

Pelakon itu juga menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk berbuat demikian dan berasa kesal dengan kontroversi tempoh hari. 

Saya juga akan meneruskan lagi memberi ceramah sekiranya menerima undangan. Sebabnya, saya masih lagi sebagai ikon permotoran yang akan bercakap mengenai permotoran saja, dan tidak lagi akan membabitkan benda-benda sebegitu (berbaur perkauman).

Dah-dah lah tu, semua orang buat salah dan kadang-kadang apa yang keluar dari mulut tu, tak sama macam apa yang dimaksudkan pun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas