Connect with us

Oh! Media

Keluarkan Kenyataan Ekstrem, Zul Huzaimy Disiasat Pihak Polis

Zulhuzaimy

Oh! Artis

Keluarkan Kenyataan Ekstrem, Zul Huzaimy Disiasat Pihak Polis

Gara-gara membuat kenyataan yang berbaur ekstrem ketika menjadi panel ceramah baru-baru ini, pelakon, Zul Huzaimy kini disiasat pihak polis.

BACA: Buat Kenyataan Ekstrem, Zul Huzaimy Buat Permohonan Maaf

Memetik laporan daripada Berita Harian, pelakon filem Remp-It itu akan disoal siasat selepas pihak polis menerima laporan berhubung video berkenaan yang mula tular dan menjadi bualan warganet di media sosial.

IKLAN

Perkara itu disahkan Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin yang memaklumkan bahawa Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap pelakon tersebut.

Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Untuk info, video Zul menjadi tular selepas dia dilihat memberikan kenyataan bahawa sekiranya tidak memikirkan undang-undang yang ada di negara ini, sudah pasti dia akan menyembelih mereka yang digelar ‘khafir harbi’ di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Zul sudah membuat permohonan maaf serta menjelaskan maksud sebenar apa yang cuba disampaikannya melalui satu hantaran di Instagram.

Video permohonan maaf

Kredit: Berita Harian | Twitter Reza Razali | Instagram Zul Huzaimy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas