Oh! Artis
Selepas Ryzal, Kini Zynakal Pula Perli Budaya Sarawak?
Kecoh sebelum ini yang mana netizen mengecam tindakan Ryzal menjadikan pakaian orang Iban sebagai bahan jenaka, kini muncul pula penyanyi meningkat naik, Zynakal yang dikatakan telah menghina budaya Sarawak.
Isu tersebut timbul apabila Zynakal meninggalkan komen di hantaran terbaru rakannya yang merupakan penyanyi rap, Yonnyboii di laman Instagara yang dikatakan mempunyai unsur sindiran kepada budaya Sarawak.
Menerusi hantaran yang dibuat Yonnyboii, dia telah berkongsi sebuah foto lamanya yang lengkap memakai baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.

Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli, 22, telah meninggakan komen berbunyi ‘Uga-Uga’ di bahagian komen pada gambar Yonnyboii.
Biarkan komen yang ditinggalkan ringkas, rata-rata netizen menyifatkan komen tersebut sebagai sindiran kepada budaya Sarawak selain turut menganggap komen tersebut seakan-akan menyamakan budaya Sarawak seperti orang zaman batu.
Berhubung dengan komen tersebut, netizen telah bertindak membalas komen yang ditinggalkan Zynakal selain turut mengecam tindakkan penyanyi itu.
Terdapat juga komen yang mempertahankan tindakan penyanyi itu selain turut menyifatkan ianya hanyalah sekadar gurauan dan meminta netizen berhenti mengecamnya.
Sedar akan kejadian tersebut, Zynakal telah bertindak memadam komen yang ditinggalkan dan Yonnyboii turut menutup ruangan komen terhadap foto tersebut.
Kredit: Kosmo!
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM