Connect with us

Oh! Media

Selebriti Lelaki Rupanya ‘Penghantar’ Pekerja Seks?

Selebriti lelaki

Oh! Artis

Selebriti Lelaki Rupanya ‘Penghantar’ Pekerja Seks?

Seorang selebriti lelaki yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia baru-baru ini dipercayai terbabit dengan khidmat seks di hotel dengan bayaran lebih RM1,000 selama 8 jam.

ADVERTISEMENT

BACA : Pelawak Disyaki ‘Bapak Ayam’ Dibebas Dengan Jaminan Polis

Hasil siasatan polis, selebriti berkenaan merupakan ‘penghantar’ pekerja seks yang telah ditempah menerusi Whatsapp. Dia mengambil pekerja seks dari Bukit Jalil dan Kuala Lumpur sebelum dihantar ke sebuah hotel di Kuala Pilah.

Soal siasatan terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pelacuran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat seks melalui pelbagai aplikasi media sosial.

Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pelacur.

Menurut wanita itu juga, artis lelaki berkenaan merupakan ‘transporter’ menghantarnya kepada pelanggan yang sudah berada di hotel.

Tangkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas bagi membongkar aktiviti pemerdagangan manusia itu untuk tujuan eksploitasi seks.

Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, kondom dan wang disyaki hasil kegiatan jenayah itu

Untuk pengetahuan, pihak polis menahan selebriti lelaki itu pada Ahad lalu selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks dalam sekatan jalan raya di Ulu Bendul. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas