Connect with us

Oh! Media

Pelawak Disyaki ‘Bapak Ayam’ Dibebas Dengan Jaminan Polis

Ohmedia pelawak

Oh! Artis

Pelawak Disyaki ‘Bapak Ayam’ Dibebas Dengan Jaminan Polis

Baru-baru ini, seorang pelawak lelaki telah ditangkap polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks. Walaubagaimanapun, lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

BACA : Pelawak Terkenal Ditangkap Polis Disyaki Jadi Bapa Ayam

Menurut laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, ACP Ramlan Abdul Razak mengesahkan sendiri perkara ini ketika dihubungi Bernama.

IKLAN

Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.

Susulan penangkapan pelawak yang berusia 40-an sebelum ini, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah tempoh hari. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Jka disabitkan kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda akan diperuntukkan.

Lelaki itu juga dikatakan turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas