Oh! Artis
Selamba Je Kutuk Mak Depan Anak, Sharnaaz Anggap Itu Perbuatan Budak Sekolah
Baru-baru ini, kecoh diperkatakan mengenai pasangan bercerai yang menggunakan platform media sosial untuk mempertahankan diri masing-masing.
Perkara itu membuatkan netizen tidak selesa kerana bagi mereka hal peribadi tidak perlu dipertontonkan secara umum.
Pengarah dan penerbit tersohor, Michael Ang turut memberi pandangannya berkenaan isu tersebut. Kata Michael, biasanya dia melihat kaum perempuan ‘meroyan’ di media sosial tetapi kini sebaliknya yang terjadi.

Penerbit ini menasihati pasangan terbabit supaya menggunakan akal fikiran sebelum bertindak. Ini kerana perbuatan tersebut akan memalukan anak-anak dan saudara mara terdekat.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen termasuklah pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad.

Menurut Sharnaaz, perbuatan tersebut sebenarnya membuatkan netizen bertepuk tangan bukannya bersimpati dengan penceraian.


Katanya lagi, seorang bapa tidak sepatutnya bercakap buruk mengenai bekas isteri di depan anak-anak. Perbuatan itu adalah tidak matang kerana akan memberi kesan buruk kepada anak-anak di kemudian hari.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Michael Ang
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM