Connect with us

Oh! Media

“Mana Maruah Awak?”- Jofliam Tegur Cik Epal Supaya Muhasabah Diri Dalam Tempoh Iddah

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 14t114316525

Trending

“Mana Maruah Awak?”- Jofliam Tegur Cik Epal Supaya Muhasabah Diri Dalam Tempoh Iddah

Konflik di antara pempengaruh Jofliam dan bekas isterinya iaitu Cik Epal belum berakhir apabila baru-baru ini Jofliam ada membuat satu hantaran di Instagram Story menegur bekas isterinya untuk menjaga maruah diri.

Menerusi hantaran yang dibuat, Jofliam meminta supaya bekas isterinya itu bermuhasabah diri kerana dia masih dalam tempoh iddah.

Wahh mak dia pun sama naik. Patut telefon Han bertubi-tubi. Kepada Cik Epal, awak dalam keadaan iddah, awak kena patuh kepada suami awak. Awak keluar tak bagitahu pergi mana.

Awak buat tak tahu anak-anak. Dekat Instagram awak bagitahu dekat orang yang awak rindu dekat anak-anak. Awak dekat mana?

Dalam pada itu, Jofliam juga berkata selepas bercerai Cik Epal dipercayai meninggalkan anak dan tidak bertanya mengenai hal anak-anak.

IKLAN

Sejak bercerai awak tinggal anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah tengah kenen dengan orang lain.

Tambah Jofliam, dia mengingatkan Cik Epal jangan terlalu ‘bangga’ dengan ‘gurauan’ netizen yang mahu menyatukan Cik Epal dengan pelakon Fattah Amin memandangkan lelaki tersebut baru sahaja bercerai.

Yang awak kenenkan tu, dia ada isteri dalam keadaan iddah. Awak patut hormat isteri dia. Sekarang ni apa beza awak dengan kes viral sebelum ini. Awak cakap Dewi tak jaga hati awak dalam tempoh iddah.

Jofliam juga telah menafikan bahawa dia cemburu dengan perkara itu, malah dia sebagai bekas suami berasa malu dengan tindakan bekas isterinya, Cik Epal.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 14t114316525

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @Jofliam


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas