Connect with us

Oh! Media

Sekian Lama Tiada ‘Job’, Shuk Sahar Akui Rindukan Dunia Hiburan

Oh! Artis

Sekian Lama Tiada ‘Job’, Shuk Sahar Akui Rindukan Dunia Hiburan

Selepas berpisah dengan isteri, pelawak dan pengacara, Shuk Sahar dilihat semakin menyepi dan seakan tiada tempat di dalam dunia hiburan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Insyaallah Ada Yang Lebih Baik” – Rumah Dah Jual, Shuk Sahar Sayu Ucap Selamat Tinggal

Terbaru, bekas ahli kumpulan Balas itu tampil memuatnaik satu hantaran di Instagram memaklumkan bahawa ramai yang bertanya kepadanya adakah dia merindui untuk berada dalam industri seni?

Menerusi hantaran tersebut, Shuk mengakui bahawa dirinya rindu akan kehidupan sebagai salah seorang selebriti dalam industri seni.

Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?

Sumpah aku rindu, rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap ngn kengkawan dalam radio.

Berubah dan bangkitlah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan semangat kepada Shuk untuk bangkit semula dalam dunia hiburan serta ada yang menasihatkan agar dirinya tidak mengulangi kesilapan yang lalu.

Kredit: Instagram shuk_sahar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas