Connect with us

Oh! Media

Sedar Peminat Bola Sepak Bertelagah, Jay Chou Sedia Tangguh Konsert Jika Diizinkan

Oh! Artis

Sedar Peminat Bola Sepak Bertelagah, Jay Chou Sedia Tangguh Konsert Jika Diizinkan

Tular di media sosial mengenai isu perlawanan bola sepak dengan konsert daripada artis Taiwan, Jay Chou yang bertembung di tempat yang sama iaitu Stadium Bukit Jalil.

ADVERTISEMENT

BACA: “Booking Stadium Konsert Jay Chou Dibuat 2019, Perlu 14 Hari Pasang Pentas” – Hannah Yeoh

Rata-rata peminat bola sepak meluahkan rasa tidak puasa hati kerana sebanyak 21,000 tempat duduk di stadium itu perlu dikosongkan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemasangan pentas konsert Chou.

Sedia menangguh

Menurut penyanyi Taiwan itu, Jay bersedia untuk menangguhkan konsertnya sekiranya persatuan bola sepak dan penganjur membenarkannya.

Peminat bola sepak Malaysia, saya tahu anda memandang serius bola sepak. Saya boleh bekerjasama dan menangguhkan konsert, tiada masalah. Saya tiada masalah dengan itu, saya cuma mahu menyanyi untuk peminat saya. Cuma saya harap apabila orang datang melihat konsert saya, mereka datang dengan hati yang gembira.

Manakala Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata pihak penganjur telah menempah stadium itu sejak empat tahun yang lalu dan amat sulit untuk mengubah keadaan stadium kini.

Skrin besar

Hannah telah mengumumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan skrin besar di 14 lokasi sebagai salah satu cara rakyat masih boleh menikmati aksi Malaysia menentang Thailand pada malam ini.

Hm, apa pendapat pembaca Oh! Media?

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas