Connect with us

Oh! Media

“Booking Stadium Konsert Jay Chou Dibuat 2019, Perlu 14 Hari Pasang Pentas” – Hannah Yeoh

Jay Chou

Trending

“Booking Stadium Konsert Jay Chou Dibuat 2019, Perlu 14 Hari Pasang Pentas” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi Twitter menjelaskan Stadium Nasional Bukit Jalil sudah ditempah sejak 13 Mac 2019 untuk tujuan konsert artis dari Taiwan, Jay Chou.

Manakala, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat tempahan untuk perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 pada 18 Ogos 2022.

Konsert Jay Chou dah booking dari 2019

Jelas beliau lagi, pihak penganjur konsert memerlukan masa 14 hari untuk memasang pentas di mana mereka menggunakan tenaga 500 kru termasuk 185 kru antarabangsa.

IKLAN

Selain itu, mereka menggunakan 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu serta dah menangguhkan pemasangan selama 2 hari untuk memberi ruang kepada perlawanan AFF.

Difahamkan, respon Menteri Belia dan Sukan ini berikutan ramai penyokong bola sepak mempersoalkan mengapa konsert tak ditangguhkan untuk memberi laluan kepada acara penting ini.

Peminat bola sepak tak puas hati

Terdahulu, FAM mengumumkan 59,000 tiket untuk perlawanan separuh akhir Pertama Piala AFF Malaysia menentang Thailand Sabtu ini ‘sold out’.

Baki 21,000 tiket tak dapat dijual kerana terhalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou pada 15 Januari ini.

Kredit: Twitter Hannah Yeoh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas