Connect with us

Oh! Media

“Sebok Jaga Anak Orang, Anak Sendiri Kelaparan” – Che Ta Bidas Netizen Kecam Aaisyah Suka Melaram

Oh! Artis

“Sebok Jaga Anak Orang, Anak Sendiri Kelaparan” – Che Ta Bidas Netizen Kecam Aaisyah Suka Melaram

Kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi betul tak? Begitulah juga dengan anak perempuan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana yang gemar bergaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Diselar Guna Bahasa Kesat Kerana Melaram Ke PPV, Che Ta Luah Rasa Terkilan

Perkara itu diakui sendiri oleh Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta. Menurut Che Ta, dia tidak memaksa anak untuk bersolek sebaliknya anak memang menggemari aktiviti sebegitu.

Che Ta dalam satu hantaran di Instagram membidas segelintir netizen yang menuduhnya melaram anak secara berlebihan sehingga kelihatan lebih berusia daripada umur.

Pelakon drama Diari Ramadhan Rafique ini memberi contoh anak-anak yang suka melukis. Sudah tentu ibu bapa tidak memarahi anak mereka.

Tambahnya, kritikan yang diterimanya selama ini kebanyakan daripada individu yang berselindung di sebalik akaun palsu.

Karang tak letup hampa kata kami tak pandai jaga anak, karang letup sangat hampa kata kesian zaman budak budak la itulah inilah..macam hampa dulu kecik kecik suka mandi sungai..mak pak larang pun hampa p terjun sungai kan..gitulah anak kami

Che Ta sempat berpesan kepada netizen supaya menjaga anak-anak sendiri daripada memikirkan mengenai anak-anak orang lain. Selain mempersoalkan adakah Aaisyah perlu duduk di dalam gua untuk memuaskan hati semua.

Eh janganlah sampai macam tu. Okay je Aaisyah melawa kan?

Kredit: Instagram Rozita Che Wan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas