Connect with us

Oh! Media

Diselar Guna Bahasa Kesat Kerana Melaram Ke PPV, Che Ta Luah Rasa Terkilan

Oh! Artis

Diselar Guna Bahasa Kesat Kerana Melaram Ke PPV, Che Ta Luah Rasa Terkilan

Pelakon popular, Rozita Che Wan (Che Ta) baru-baru ini mencuri tumpuan apabila tampil dengan busana berwarna perak dengan labuci berkilau ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu hantaran di Instagram, Che Ta secara berseloroh bimbang baju akan reput jika dibiarkan terlalu lama di dalam almari.

Walau bagaimanapun, gaya glamor Che Ta itu menerima kritikan daripada pengacara, Azwan Ali. Tulisnya di Twitter, pelakon wanita itu seperti sudah buang tabiat apabila tampil berpakaian sedemikian ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

BACA:“Tak Abis-Abis Muka Kau” – Azwan Ali Gesa Neelofa Dipenjara Selepas Langgar SOP Kali Ketiga

Kecewa dengan bahasa kurang sopan yang dilemparkan, Che Ta sendiri tidak mengetahui mengapa Azwan Ali sanggup berkata sedemikian. Menurutnya, dalam tahun ini sahaja, mereka sudah tiga kali bertemu dan sangat mesra di antara satu sama lain.

Meluahkan rasa kesal, isteri kepada Zain Saidin ini tidak menyangka rakan yang telah lama dikenalinya itu sebenarnya mempunyai masalah tanpa pengetahuannya.

che ta

Tambahnya, sepanjang bertemu menerusi beberapa program tahun ini, mereka berbual mesra, mengambil gambar selfie dan membuat panggilan video bersama-sama.

Betul la kata orang. Kalau di depan mulutnya manis. Balik belakang lain bicara!

Di akhir hantaran, Che Ta menitipkan doa semoga Allah SWT memberi hidayah dan dia tidak lagi berkelakuan sedemikian. Orang ramai yang turut terkejut menasihati pelakon ini supaya bersabar sahaja dengan kerenah individu itu.

Kredit: Rozita Che Wan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas