Connect with us

Oh! Media

Sebak Lihat Puteri Sarah Menangis Waktu ‘Shooting’ Babak ‘Sweet’ Dengan Syaikhul

Oh! Artis

Sebak Lihat Puteri Sarah Menangis Waktu ‘Shooting’ Babak ‘Sweet’ Dengan Syaikhul

Video dimuat naik oleh Puteri  Sarah di Instagram baru-baru ini meraih perhatian ramai netizen apabila ia menampilkan dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah bersama.

ADVERTISEMENT

Menerusi klip tersebut, tiga beranak itu mempromosikan kambing perap di mana mereka melakonkan babak masak dan makan bersama-sama.

Gelagat Syaikhul mencium tangan Puteri Sarah mengundang rasa sebak dan netizen bersimpati dengannya serta Sumayyah disebabkan kemelut antara kedua ibu bapa mereka.

Salah seorang kru penggambaran video pendek itu turut memuat naik rakaman di sebalik tabir menerusi TikTok di mana dia menunjukkan tingkah laku Syaikhul.

Meskipun baru berusia 5 tahun namun dia memberi kerjasama yang sangat baik dan disifatkan matang kerana pandai mencuit hati orang di sekeliling.

Bukan itu sahaja yang menjadi perhatian warganet tetapi juga Puteri Sarah yang dilihat seperti sedang lap hidung dan air mata sambil melihat telefon.

Reaksinya hanya dapat dilihat sedikit kerana terlindung dengan kamera namun ramai netizen beranggapan Puteri Sarah tidak dapat tahan daripada mengalirkan air mata.

@myadahari

Replying to @Norehan Yusoff358 dah macam Tuan Director hehehe

♬ Buah Hati – Armada

Rata-rata warganet yang menonton klip di atas ini menegur dan bertanya jika benar Sarah sedang menangis dan menahan sebak di dada ketika itu.

Ramai yang turut memberikan kata-kata sokongan serta semangat buatnya selain mendoakan agar dia kuat menghadapi ujian ini.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas