Connect with us

Oh! Media

“Saya Tidak Mahu Susah Di Akhirat” – PU Riz

Oh! Artis

“Saya Tidak Mahu Susah Di Akhirat” – PU Riz

Minggu lepas viral di media sosial satu screenshot perbualan Whatsapp dari seorang pengguna Twitter, Syamira Safiya yang kononnya menceritakan isu yang terjadi antara selebriti Neelofa dan tunangnya, PU Riz.

ADVERTISEMENT

BACA : PA Neelofa Sudah Jumpa Individu Yang Sebar Berita Palsu

Dua hari lepas, Syamira telah buat permohonan maaf secara terbuka di Twitternya kerana telah membuat kenyataan tanpa asas. Ditujukan khas buat Neelofa dan pembantu peribadinya, Syamira menyatakan yang dia akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang berlaku.

Syamira juga telah buat permohonan maaf kepada PU Riz menerusi satu rakaman video yang telah diterima oleh Harian Metro. Kata Syamira, dia amat menyesal dengan fitnah yang dah pun dia lakukan serta berharap agar PU Riz dan keluarga dapat memaafkan dirinya.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Encik Haris atau PU Riz dan keluarga di atas segala tuduhan yang dilakukan. Saya sedar bahawa segala tuduhan ini banyak bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.” – katanya.

PU Riz dan keluarga telah berbincang dan menerima permohonan maaf tersebut dengan hati yang terbuka. Tambah PU Riz lagi, dia dan keluarga anggap yang Syamira dah sedar dengan kesilapan yang dia lakukan. Kalau tak, takkan lah dia sanggup minta maaf secara terbuka dan berjanji tak ulang lagi, kan?

“Saya memaafkan dia kerana saya tahu beratnya dosa memfitnah. Saya tidak mahu susah di akhirat dan saya nak masuk syurga tanpa hisab. Saya juga memohon supaya tidak ada lagi perkara berbangkit selepas ini. Dia sudah minta maaf dan saya sekeluarga sudah maafkan. InsyaAllah, kehidupan kita akan dipermudahkan Allah SWT.” – katanya.

Bahkan, Neelofa juga turut menyatakan yang dia memaafkan Syamira dengan seikhlas hati. Menerusi InstaStorynya, Neelofa telah upload gambar keratan akhbar dari Harian Metro dengan caption yang ditujukan khas buat Syamira.

Alhamdulillah, selesai juga satu hal. Harapnya lepasni netizen lain pun boleh lah ambil pengajaran. Jangan pandai-pandai reka cerita sendiri, kemudian nak sebarkan. Takut last-last nanti, diri sendiri yang susah.

Kredit: Harian Metro, Gempak, Twitter Syamira Safiya

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas