Connect with us

Oh! Media

PA Neelofa Sudah Jumpa Individu Yang Sebar Berita Palsu

Trending

PA Neelofa Sudah Jumpa Individu Yang Sebar Berita Palsu

Beberapa hari lepas, viral dekat media sosial tentang hubungan selebriti Neelofa dan tunangnya, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz yang didakwa telah goyah. Macam biasalah, ada je spekulasi dan andaian yang dibuat oleh netizen sendiri.

ADVERTISEMENT

Paling hot, sebuah screenshot Whatsapp dari seorang wanita bernama Syamira Safiya. Dia punya sembang kari, memang betul-betul tiptop! Kata Syamira, Neelofa dah kena minyak pengasih dengan PU Riz dan sekarang tengah berubat. Bukan itu je, dia turut dakwa yang Neelofa dah bernikah di Kelantan dan transfer sejumlah wang ke dalam account PU Riz atas tujuan tertentu. Layak jadi wartawan Melodi slot Terjah!

Namun, Neelofa menerusi IGTVnya telah menyangkal segala dakwaan tersebut dan menyatakan yang itu semua tak betul. Disebabkan dakwaan itu juga dah cemarkan nama baik Neelofa dan PU Riz, Nadiah Khairuddin selaku pembantu peribadi (PA) kepada Neelofa telah upload gambar Syamira di IgStory dan minta orang ramai untuk beri maklumat.

Lebih kurang tiga jam lepastu, Syamira telah berhubung dengan Nadiah secara peribadi melalui laman sosialnya. Untuk tindakan lanjut, Nadiah serahkan wanita tersebut kepada pihak peguam.

“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya.” – katanya

Dalam tweet itu juga, Syamira sempat claim yang dia tahu hal tersebut sebab kakaknya punya kawan, punya sepupu, merupakan PA kepada Neelofa. Alamak, panjang bebenor relationnya. Tapi menurut Nadiah, dia tak pernah kenal apatah lagi berjumpa dengan Syamira sebelum ini.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya. Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz.” – tambahnya.

Hm, itulah. Kadang-kadang sebab nak sangat jadi famous dan jadi yang terawal sampaikan berita, kita terus sebar berita yang belum tentu betul. Bila dah jadi macam ni, kan dah susah dekat diri sendiri. Apapun, jika ada salah faham, harapnya dapat lah diselesaikan secara baik, ya?

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas