Connect with us

Oh! Media

“Saya Tiada Hak Untuk Halang” – Anak Nor Lydia Jawab Isu Ibu Bercinta Dengan Tyzo

ohmedia tyzo lydia kahwin

Oh! Artis

“Saya Tiada Hak Untuk Halang” – Anak Nor Lydia Jawab Isu Ibu Bercinta Dengan Tyzo

Sebelum ini penyampai radio IKIM FM, Tyzo menjelaskan dirinya masih belum bersedia untuk berkahwin. Tyzo memberi penjelasan itu selepas usahawan wanita, Nor Lydia Rosli meluahkan rasa cinta dan mengakui bersedia untuk menerima Tyzo sebagai suami.

Anak kepada Nor Lydia Rosli iaitu, Fitri Farok yang juga merupakan seorang pelakon baharu dalam industri menyatakan dirinya tiada hak untuk menghalang hasrat ibunya.

Saya tiada hak untuk halang siapa jodoh ibu saya.Sebagai anak, soal jodoh saya serahkan pada Tuhan.

Saya sentiasa doakan sesiapa sahaja yang ditakdirkan menjadi jodoh ibu adalah seorang yang terbaik.

Fitri yang juga naib juara program Pencarian Hero Remaja 2023 itu bagaimanapun mengakui kurang mengenali Tyzo kerana tidak pernah meluangkan masa yang lama bersama.

IKLAN

Kami jumpa pun sekejap-sekejap sahaja. Ibu ada bercerita pada saya yang dia berkawan dengan Tyzo. Tetapi tentang soal nak kahwin dia tak pernah beritahu saya apa-apa.

Tetapi andai berkahwin membuatkan hidup ibu saya lebih bahagia dan aman, saya okey sahaja.

Tyzp dan Nor Lydia sebelum ini dilihat sering datang bersama dalam beberapa majlis dan Lydia juga sering berkongsi gambar bersama Tyzo di akaun media sosial miliknya.

ohmedia tyzo lydia kahwin

Jap!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas