Connect with us

Oh! Media

“Saya Tetap Berpuas Hati” – Hairul Azreen Terima Kritikan Filem Arahan Pertamanya

Oh! Artis

“Saya Tetap Berpuas Hati” – Hairul Azreen Terima Kritikan Filem Arahan Pertamanya

Baru-baru ini hangat di media sosial berkenaan poster filem hasil arahan pertama Hairul Azreen yang bertajuk Ada Hantu mendapat kritikan daripada peminat oleh kerana kualiti yang ditunjukkan melalui poster itu tidak membanggakan.

ADVERTISEMENT

Hairul Azreen atau nama sebenarnya Hairul Azreen Bin Idris menyedari poster yang pertama rekaannya sendiri menjadi topik perbualan netizen dalam media sosial, namun ia tidak sesekali membuatkan pelakon itu patah semangat.

Saya tahu isu poster filem ini menjadi tular, tetapi pandangan saya dan beberapa artis, kami suka poster filem Ada Hantu ini. Bagaimanapun, ada juga tidak suka kerana berpendapat poster berkenaan kurang menarik.

Namun, saya berpuas hati dengan apa yang sudah diusahakan. Lagipun, ini permulaan, di mana ini filem pertama saya. Poster ini sekadar petunjuk filem saya sudah mahu ditayangkan.

Hairul juga mengakui bahawa perkara yang utama adalah jalan ceritanya dan bukannya berpandukan dengan poster itu semata-mata selain turut mengatakan bahawa pengeluaran poster itu adalah sebagai petunjuk filem ini akan ditayangkan.

Terdahulu, hangat di media sosial apabila netizen mendakwa filem Ada Hantu sebagai filem amatur dan kurang berkualiti oleh sebab posternya yang tidak menarik dan menunjukkan kualiti sebenar filem tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, pelakon berusia 33 tahun itu kemudian mengulas kritikan daripada netizen dan mengakui bahawa dia berasa bimbang akan maklum balas daripada penonton dan hanya mengharapkan yang terbaik.

Idea filem ini bermula dengan borak kosong bersama penerbit, Adrian Teh yang menyuruh Hairul untuk mengarah filem itu oleh kerana penerbit itu tidak mempunyai kelapangan waktu.

Saya boleh mengarah tetapi perlukan banyak tunjuk ajar. menghasilkan filem ini sememangnya merupakan pengalaman berguna bagi diri saya.

Selain itu, Hairul juga turut menambah dia telah meletakkan elemen kejutan yang memaksa penonton berfikir panjang pada penghujung cerita serta turut mengajak penonton untuk menonton filem ini bagi mengetahui kejutan yang dimaksudkan itu.

Ada hantu yang diarahkan oleh Hairul turut dibintangi pelakon seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan sebagainya dan filem ini boleh distrim menerusi platform Disney+Hotstar yang mana baru dilancarkan pada 1 Jun lalu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top