Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Terharu, Satu Keluarga ‘Surprise’ Hari Jadi Buatnya.. Syed Saddiq Tukang ‘Plan’

Ohmedia bella Astillah 2

Oh! Artis

Bella Astillah Terharu, Satu Keluarga ‘Surprise’ Hari Jadi Buatnya.. Syed Saddiq Tukang ‘Plan’

Selebriti terkenal, Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila menerima kejutan hari jadi paling bermakna dari keluarga dan rakan rapatnya.

BACA: Syed Saddiq Dan Bella Astillah Agih Sumbangan RM1.36 Juta Kepada Warga Muar

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkata, dirinya sangat bertuah dikelilingi insan baik hati dan tahun ini sangat berbeza dari tahun sebelumnya.

IKLAN

Bella throwback hari jadi pada tahun lalu, asyik menangis

Bella Astillah

Bella turut berkongsi bagaimana tahun lalu (2024) merupakan masa yang sukar buat dirinya. Dia mengakui berasa sangat ‘down’ hingga menangis setiap hari dan jatuh sakit.

Ketika itu, dia enggan berjumpa sesiapa, namun rakan-rakannya, Balqish, Affa, dan Aus, tetap hadir ‘surprise’ sarapan sebagai tanda sokongan.

Bella Astillah

Pada tahun ini, air mata yang mengalir bukan lagi kerana kesedihan, tetapi kegembiraan. Bella bersyukur kerana perjalanan hidupnya kini lebih tenang dan dia semakin memahami makna sebenar kehidupan.

Sekarang baru saya betul-betul faham apa erti ‘akan ada pelangi setelah hujan’. Jika kamu yakin akan ada pelangi selepas hujan, maka kamu harus yakin akan ada kebahagiaan setelah adanya perjuangan.

Bella turut berterima kasih kepada ibunya yang dianggap sebagai ‘mediator of my success’. Dia mendoakan agar ibunya sentiasa sihat dan diberikan kebahagiaan.

Tidak ketinggalan, Bella juga berterima kasih kepada ayahnya yang sentiasa menyayangi dan membantu menjaga anak-anaknya, Ayden dan Ara.

Syed Saddiq rancang kejutan?

Menariknya, di penghujung perkongsiannya, Bella berterima kasih kepada ‘Ironman’ Syed Saddiq kerana merancang kejutan untuk istimewa tersebut.

Apa pun, Bella jelas sangat menghargai semua orang yang mengambil masa untuk meraikan hari istimewanya. Semoga ulang tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan buat Bella.

Ohmedia bella Astillah 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Bella Astillah


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas