Connect with us

Oh! Media

Saya Teringin Bawa Watak Ustazah – Zarina Anjoulie

zarina anjoulie

Oh! Artis

Saya Teringin Bawa Watak Ustazah – Zarina Anjoulie

Pelakon sensasi di Malaysia, Zarina Anjoulie menyatakan hasrat untuk memegang watak sebagai ‘ustazah’ dan tampil dengan kelainan.

ADVERTISEMENT

BACA: Peguam Bela Kes Dadah Zarina Anjoulie Mohon Perbicaraan Februari Depan

Walaupun dikenali sebagai seorang wanita yang berimej seksi dan bermulut lantang, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju teringin untuk berlakon sebagai watak yang baik-baik.

Mahu cabaran mainkan watak baru

zarina anjoulie

Menerusi laporan Kosmo, Anju menjelaskan bahawa dia mahu lari dari berlakon watak klise yang sering dimainkan oleh pelakon lain dan nak cuba beri kelainan pada wataknya. Dia menganggap watak baru sebagai satu ‘cabaran’ buat dirinya.

Saya sebenarnya teringin hendak bawakan watak seorang ustazah. Watak sebegitu memang menarik, selain akan membuatkan penonton teruja untuk melihat saya dalam televisyen.

Saya tidak kisah jika terpaksa mencabut bulu mata palsu dan memakai tudung labuh jika perlu membawakan watak seorang ustazah. Tidak salah rasanya jika saya tampil dengan kelainan.

Sejak beberapa tahun lalu, Anju mengakui banyak tawaran yang diberikan kepadanya, namun dia terpaksa menolak atas beberapa faktor, lebih-lebih lagi bila terpaksa berjauhan dengan anaknya.

Memang dah lama saya tidak berlakon dan menolak banyak tawaran kerana tidak boleh jauh dengan anak.

Kebanyakkan penggambaran perlu dilakukan di luar Kuala Lumpur dan Nilai. Namun, saya sedia mempertimbangkan sebarang tawaran.

Sukar tolak tawaran Mawi

Anju juga menjelaskan dia terbuka hati untuk berlakon dalam filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi bukan sahaja kerana jalan cerita yang menarik, tetapi kerana dia terlalu minat kepada Mawi.

Sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) lagi saya memang minat dengan Mawi. Jadi, apabila ditawarkan berlakon bawah arahannya, sudah tentu sukar untuk saya tolak.

Lagipun jalan cerita filem ini cukup menarik. Selepas mendapat tawaran saya terus berikan persetujuan.

In sha Allah, semoga impian dan hasrat Zarina Anjoulie untuk memegang watak ustazah tercapai! Mesti ramai orang tak sabar nak tengok Anju jadi ustazah kan!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas