Baru-baru ini, pelakon Pablo Amirul membuat pengakuan berani apabila menyatakan dirinya salah seorang pengikut ajaran sesat Millah Abraham.
Pablo juga turut mendedahkan nama bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Fatin Nabila Musa yang dikatakan menjadi punca dia sertai ajaran sesat.
Bukan tu jer, pelakon itu juga turut mendedahkan yang bekas kekasihnya itu dibela seorang VIP yang merupakan ahli politik. Biar betul?
Terkini! Pablo telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap bekas kekasihnya itu atas tuduhan menghisap dadah dan menjalin hubungan dengan VIP berkenaan menerusi Instagram miliknya.
Saya minta maaf. Saya tak nak jadi orang yang gila dan nak jadi manusia yang pemaaf.
Buat syarikat penerbangan (tempat bekas kekasih saya bekerja sebagai juruterbang), saya minta maaf kerana menuduh pekerja anda sebegitu.
Saya berdepan masalah peribadi. Saya merayu dan minta maaf sekali lagi kepada syarikat penerbangan terbabit, saya ingin tegaskan bahawa Fatin Nabila Musa seorang juruterbang yang hebat.
Pablo juga mengaku yang dirinya buat silap dan terlampu ikutkan perasaan.
Dia tak pernah ambil dadah. Saya orang yang tuduh dia. Buat syarikat penerbangan, adalah satu tindakan tidak patut memecat atau membuang Fatin – seorang juruterbang yang dahsyat. Kita semua buat silap dan kita hanya manusia biasa.
Perkara ini dibuat bagi membersihkan nama bekas kekasihnya untuk tidak dibuang dari syarikat yang sedang dia bekerja. Lagipun, perkara yang dikatakan Pablo sebelum ini tidak betul.
Tak apa Pablo sebab semua orang pernah buat silap. Tapi lepas ni janganlah terlampau ikut perasaan sampai dedahkan benda yang tidak benar.
Kredit: Instagram Pablo Amirul
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.