Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Dilayan Seperti Manusia” – Selepas Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Rasa Dimalukan Peminat Johnny Depp

Oh! Artis

“Saya Tak Dilayan Seperti Manusia” – Selepas Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Rasa Dimalukan Peminat Johnny Depp

Pelakon terkenal, Amber Heard buat pertama kalinya bercakap mengenai kekalahan terhadap saman fitnah dari bekas suami yang juga merupakan aktor yang terkenal dengan filem Pirates of The Carribean, baru baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Konon Nak Gerak Ke Depan, Realitinya Tolak Hak Wanita Kebelakang” -Amber Heard ‘Sindir’ Johnny Depp

Memetik laporan dari Gempak, Heard yang ditemu bual secara eksklusif oleh Savannah Guthrie menerusi NBC News mengakui bahawa dia terasa dirinya itu tidak dilayan seperti seorang manusia serta berasakan dirinya dimalukan oleh peminat Depp ketika perbicaraan kes mereka berlangsung.

Pelakon yang popular dengan filem Aquaman itu mendakwa peminat tegar Depp yang begitu bertenaga memenuhi bilik mahkamah perbicaraan mereka dengan membawa sepanduk ‘Kematian Untuk Amber’.

Ini adalah momen paling buruk dan memalukan pernah saya lalui.

Saya tidak pernah berasa seperti ‘”dibuang dari status menjadi manusia’. Saya tak dilayan seperti manusia selayaknya.

Dalam temubual yang sama juga, Heard menegaskan bahawa dirinya tidak akan pernah mengalah dan akan terus bertahan demi memperjuangkan kebenaran meskipun dia dibuli dan mendapat kecaman yang teruk melalui pelbagai platfrom di media sosial.

Amber turut menyatakan bahawa pengakuan serta dakwaan bahawa dia telah didera oleh bekas suaminya, Johnny adalah benar.

Tanpa sedikit pun berganjak dengan dakwaan dirinya telah dikasari dan didera secara mental juga fizikal oleh Depp sepanjang perkahwinan, Heard mengaku semua yang dikatakan adalah benar.

Sehingga nafas terakhir, saya akan mempertahankan setiap dakwaan dan testimoni saya (didera).

Dia walaubagaimanapun mengaku menyesal kerana pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya sepanjang bersama dengan Johnny.

Sikap saya teruk dan hampir tidak mengenali diri sendiri. Saya mempunyai banyak penyesalan.

Untuk info, mahkamah telah mengarahkan Heard untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$ 15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada Johnnhy Depp selepas Amber kalah dalam saman fitnah selepas aktres tersebut mengeluarkan kenyataan dirinya mengalami penderaan di Washington Post pada 2018.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas