Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Boleh Tutup Mulut Orang.” – Puteri Balqis Jawab Isu Tuduhan Ibu Hisap Dadah

puteri balqis

Oh! Artis

“Saya Tak Boleh Tutup Mulut Orang.” – Puteri Balqis Jawab Isu Tuduhan Ibu Hisap Dadah

Setiap anak pasti akan membela dan pertahankan seorang ibu yang mengalami sebarang masalah di muka bumi ini. Puteri Balqis, seorang pelakon yang digemari di Malaysia telah menjawab tuduhan orang ramai yang mengatakan ibunya terlibat dengan ketagihan dadah.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu Tak Dididik Dengan Baik, Puteri Balqis Mohon Maaf Kepada Mia Sara

Menerusi laporan Kosmo, ibu Balqis, Norashikin Mohd. Aziz bukan sahaja dituduh dengan masalah dadah, tapi ada yang mengatakan dirinya mempergunakan Balqis.

Balqis menafikan tuduhan orang ramai

puteri balqis

Dia ibu kan. Ibu saya dikecam satu Malaysia, saya seorang sahaja yang akan mempertahankan dia. Siapa lagi?

Kalau nak harapkan orang lain sebenarnya, ada sahabat-sahabat yang sentiasa berada dengan kami tapi mereka tak nak dengar.

Jadi, saya yang akan lantangkan suara untuk ibu dan apabila ibu menulis, saya yang angkat kata-kata indah ibu sebab saya anak dia.

Balqis menafikan kata-kata orang ramai yang membuat tuduhan ibunya seorang penagih dadah. Katanya, ibunya memang seorang yang kurus dari dulu lagi kerana mempunyai masalah metabolisme.

Balqis juga menyifatkan ibunya sebagai seorang yang sangat indah dan kata-kata dari mulut ibunya semua sangat poetic.

Jauh beza kalau nak disamakan dengan addiction. Sejak bila? Dan fitnah itu besar tapi saya tak boleh tutup mulut orang.

Balqis mengatakan dia tetap akan pertahankan ibunya walaupun semua orang menghentam dan memburukkan ibunya.

Hatta ada yang cakap dirinya menjengkelkan kerana sentiasa pertahankan ibu, dia tidak kisah. Balqis menegaskan dia tidak mahu jadi Aqish yang dulu, yang gagal pertahankan ibu kerana itu merupakan satu kesilapan besar yang pernah dia lakukan.

Sungguh, Puteri Balqis ini seorang anak yang sangat baik kerana sentiasa ada bersama ibunya. Semoga Balqis terus istiqamah dan pedulikan apa jua kecaman dari netizen.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas