Connect with us

Oh! Media

“Saya Rasa Juri Lain Pekak” – Kelly Anggap ‘Show’ Najua Lembik, Reaksi DAC Tarik Perhatian

Oh! Artis

“Saya Rasa Juri Lain Pekak” – Kelly Anggap ‘Show’ Najua Lembik, Reaksi DAC Tarik Perhatian

Selepas lebih kurang 5 bulan ditayangkan, akhirnya rancangan televisyen realiti Malaysia, All Together Now Malaysia (ATNM) telah rasmi melabuhkan tirai semalam dengan menyaksikan seramai 18 peserta yang bertanding dalam peringkat akhir.

ADVERTISEMENT

BACA: Dapat 100 Markah, Nyanyian Padu Peserta ATNM Berusia 13 Tahun Tuai Pujian Ramai

Bagaimanapun, usaha gigih Idris Brown membawakan lagu ‘Bella Chow‘ serta ‘Isabella’ membuahkan hasil selepas dirinya diumumkan juara sekaligus membawa pulang wang sebanyak RM50,000.

Hal itu selepas dia telah menampilkan sebuah persembahan yang bertemakan opera yang dianggap unik telah berjaya menambat hati 50 juri sekaligus memperoleh 100 markah.

Kelly cetus kontroversi, komen pedas terhadap cucu P. Ramlee

Namun, disebalik kemeriahan serta nyanyian yang penuh memberangsangkan daripada semua peserta, timbul pula kontroversi daripada komen juri yang telah menimbulkan pelbagai reaksi.

Salah satunya ialah seorang pengacara, Kelly Azman yang telah memberikan komen pedas terhadap salah seorang finalist, Najua P. Ramlee yang membawa lagu ‘Sinaran’ dan berjaya memungut sebanyak 60 markah.

Usai persembahan itu, Kelly dilihat masih tidak berdiri memberikan markah sambil ditegur oleh juri-juri yang lain. Kelihatan host ATNM, Sherry Alhadad turut merasakan perkara yang sama.

Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, bagaimanapun tidak mempertikai persembahan Najua Yang dianggap cukup menarik, namun ia gagal memberikan yang terbaik dan menganggap show tersebut ‘lembik’.

Tidak cukup dengan itu, dia juga sempat mempersoalkan juri-juri yang berdiri selain menganggap mereka semua pekak dan tidak mampu melihat persembahan itu dengan betul.

Hal tersebut sekaligus membuatkan beberapa juri terkedu termasuklah reaksi daripada pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal yang dilihat tersengeh tanpa mampu berbuat apa-apa.

Sempat mohon maaf jika buat penonton marah

Meninjau pada laman Instagram milik Kelly, dia juga sempat memohon maaf jika tindakannya selama 11 episod dalam ATNM telah menguris hati para penonton.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak produksi Astro dan semua yang terlibat dalam ATNM edisi kali ini selain mendoakan yang terbaik kepada semua masyarakat.

Kredit: Instagram Astro Gempak dan Kelly Azman I Youtube Sumber Ilmu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas