Connect with us

Oh! Media

Dapat 100 Markah, Nyanyian Padu Peserta ATNM Berusia 13 Tahun Tuai Pujian Ramai

Oh! Artis

Dapat 100 Markah, Nyanyian Padu Peserta ATNM Berusia 13 Tahun Tuai Pujian Ramai

All Together Now Malaysia (ATNM) merupakan rancangan televisyen realiti versi Malaysia yang diadaptasi dari rancangan All Together Now dari United Kingdom.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Buka Mata & Hati Ya Kawan-Kawan’ – Didakwa Langgar SOP, Peserta All Together Now Malaysia Buka Mulut

Rancangan tersebut juga dihoskan oleh pengacara terkenal, Sherry Alhadad dan dibintangi oleh 50 juri yang diketuai oleh Dato’ AC Mizal.

Ia mula disiarkan pada 6 Jun 2021 lalu sebelum dihentikan selepas tayangan episod pertama kerana terdapat dakwaan berlakunya pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Bagaimanapun, rancangan tersebut kembali disiarkan di kaca televisyen pada 11 September yang lalu selepas polis mengesahkan kejadian pelanggaran SOP itu merupakan episod yang sudah dirakam lama.

Peserta ATNM berusia 13 tahun curi perhatian ramai

Pejam celik pejam celik, ATNM telahpun memasuki minggu ke-16 semalam dan telah menampilkan seramai 24 peserta yang memberikan persembahan yang memukau.

Namun, terdapat seorang peserta yang berusia 13 tahun berjaya mencuri perhatian juri selepas memberikan vokal yang padu serta nyanyian yang lancar.

Peserta tersebut yang bernama Syarfa Adrianna telah mendendangkan lagu ‘Ku Tak Akan Bersuara’ hasil nyanyian Nike Adrilia.

Walaupun memiliki tubuh badan yang comel molek, namun suaranya seakan-akan menyamai seorang peserta remaja dan menyebabkan semua juri terpesona akan persembahannya dan memberikan markah 100.

Siti Nordiana anggap Syarfa Adrianna punya masa depan cerah

Tidak terhenti setakat itu, penyanyi tanah air, Siti Nordiana yang merupakan salah satu juri tampil bangun dan memuji persembahan adik Syarfa.

Menurutnya, dia tidak menyangka peserta berusia 13 tahun itu mampu menyanyi seperti itu dan seakan-akan ingin menangis dek persembahan yang merdu itu.

Selain itu, Siti Nordiana juga menyifatkan dia mempunyai masa depan yang cukup cerah dalam bidang nyanyian sehingga menyebabkan Adik Syarfa tidak dapat mengawal emosinya.

Minit ke 3.51 hingga 4.18

Netizen beri ‘berbakul-bakul’ pujian

Menjengah pada ruangan komen pada hantaran AstroGempak, rata-rata netizen turut memuji vokal peserta tersebut selain turut mendoakan masa depan yang cerah dalam bidang nyanyian.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 8,162 jumlah tontonan serta mendapat sebanyak 742 tanda suka.

Kredit: Instagram dan YouTube AstroGempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas