Connect with us

Oh! Media

shuib difitnah

Oh! Artis

Asyik Kena Hentam Dan Perli, Shuib Tanya Apa Salah Dirinya

Setelah sekian lama berdiam diri, pelawak dan penyampai radio Shuib hilang kesabaran apabila ada individu yang mengaitkan pemergian arwah isterinya Siti Sarah dengan propaganda freemason.

Shuib menerusi satu hantaran di Instagram menggesa beberapa nama yang disebut supaya tampil bersemuka sendiri dengannya.

IKLAN

BACA: “Kenapa Kau Libatkan Arwah Isteri Aku Siti Sarah?” – Shuib Hilang Sabar, Beri 24 Jam Kepada Penfitnah

Dalam masa yang sama, Shuib meminta maaf jika perbuatannya ada mengguris hati sesetengah orang sehingga dia teruk dihentam dan diperli.

shuib

Bila saya asyik kena hentam kena perli saya tertanya-tanya apa salah saya pada korang semua. Apa salah saya? Allahuakbar sedih rasa.

Saya ada kacau apa-apa ke? Kalau ada saya minta maaf. Saya betul tak faham, kalau saya ni ada je benda tak kena di mata korang.

Dalam perkembangan lain, suami kepada Watie Hanifiah ini berkata dia akan berjumpa dengan pemilik akaun yang memburuk-burukkan dirinya pada 12 tengah hari, hari ini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berterima kasih kepada pengikut dan rakan-rakan yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Dia berharap ada hikmah di atas apa yang berlaku dan memberi pengajaran supaya tak lagi menyebarkan fitnah.

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas