Connect with us

Oh! Media

“Saya Masih Ada Mak Ayah” – Tular Video ‘Mesra’ Dengan Lelaki, Pelakon Remaja Nafi Itu Dirinya

Oh! Artis

“Saya Masih Ada Mak Ayah” – Tular Video ‘Mesra’ Dengan Lelaki, Pelakon Remaja Nafi Itu Dirinya

Di TikTok, tular video memaparkan seorang gadis sedang bermesra dengan lelaki di khalayak ramai. Meskipun video tersebut tidak jelas, ada netizen yang memetik nama pelakon remaja, Qistina Raisah.

ADVERTISEMENT

Tidak hanya mendiamkan diri, Qistina tampil menjelaskan bahawa gadis di dalam rakaman itu bukanlah dirinya.

Menurut pelakon berumur 14 tahun ini, dia tidak mengenali gadis di dalam video itu dan tidak mengetahui apakah motif rakaman itu dibuat.

@qqistinaraisah

♬ original sound – 😼🤍

Katanya, dia perlu bersuara memandangkan ada netizen yang menyebut namanya di ruangan komen video tular tersebut.

Gadis ini memohon netizen tidak sesuka hati menulis komen kerana bimbang akan menabur fitnah.

Ramai yang cakap-cakap tapi saya nak bagitahu itu bukan saya.

Ujar anak bongsu kepada lima adik beradik ini lagi, dia akan sentiasa ditemani ibunya walau ke mana sahaja dia pergi.

Tambahnya, perakam tidak sewajarnya merakam individu yang tidak dikenali dan menyebarkannya di media sosial sehingga mengundang fitnah.

Kredit: TikTok @qqistinaraisah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas