Oh! Artis
“Saya Kenal Uzair Sejak Sekolah Lagi” – Tindakan Fasha Sandha Peluk Adik Ipar Undang Kecaman Netizen
Baru-baru ini, pelakon popular Fasha Sandha menerima kecaman ramai gara-gara aksi spontannya memeluk adik iparnya, Uzair Haqimy dalam acara gender reveal.
Rata-rata netizen tampil memberikan teguran dan menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan itu, lebih-lebih lagi Fasha kini sudah tampil berhijab.
Fasha Sandha peluk adik ipar
Lebih mengejutkan, aksi tersebut dilakukan secara terbuka hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet berkenaan batas aurat dan hukum agama Islam dalam pergaulan antara ipar duai.
Terkini, Fasha Sandha dalam laporan mStar berkata, dirinya banyak kekurangan dan dia sebenarnya sudah mengenali Uzair Haqimy sudah lama.
Saya kenal Uzair sejak sekolah lagi. Jadi sudah terbiasa. Itu kelemahan saya.
Jelas kakak kepada Elisya Sandha ini lagi, dirinya bukanlah orang yang layak untuk bercakap mengenai hukum hakam Islam. Jadi lebih baik mendapatkan penjelasan daripada ustaz atau ustazah.
Fasha mengaku tak sempurna

Tambah Fasha lagi, dia tidak pernah mengakui sudah berhijrah sepenuhnya atau menjadi insan yang sempurna dalam soal agama.
Dia mengaku masih banyak kelemahan dirinya yang perlu diperbaiki seperti isu kontroversi yang sedang diperkatakan ini.
Pssttt! Sebagai seorang figura, setiap tindak tanduk mesti akan menjadi perhatian netizen. Mungkin Fasha terlalu teruja mendapat anak buah baru sampai terlajak perbuatan kan. Namun, lebih baik sentiasa berjaga-jaga dalam batas pergaulan untuk mengelakkan salah faham.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM