Connect with us

Oh! Media

fasha sandha

Oh! Artis

Kini Tampil Dengan Imej Berhijab? Fasha Sandha Takut Nak Beri Komen

Pelakon popular Fasha Sandha sekali lagi menjadi perhatian selepas dilihat mengenakan hijab ketika hadir ke pelbagai acara.

Terbaru, Fasha tampil di Anugerah Nona Superwoman 2024 memakai hijab hitam yang cukup padan dengan busananya. Memang cantik, kan?

IKLAN

Fasha Sandha dah berhijab?

fasha sandha

Memetik temu bual bersama Hib Glam, Fasha memilih untuk tidak memberi jawapan jelas mengenai imej terbarunya itu.

Dengan nada rendah diri, dia mengaku masih dalam proses memperbaiki diri dan tidak mahu memberi komen lebih lanjut.

Takut nak komen, masih dalam proses perbaiki diri

fasha sandha

Saya takut sebenarnya nak komen. Saya rasa saya tidak layak untuk bercakap tentang hal-hal keagamaan kerana belum cukup sempurna. Banyak lagi kelemahan saya yang harus diperbaiki daripada saya bercakap tentang kebaikan diri. Saya mohon diberikan ruang dan doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga.

Dalam pada itu, suaminya Aidil Aziz sentiasa memberi sokongan penuh kepada isterinya dalam apa jua keputusan. Sebagai seorang suami, dia hanya mahukan yang terbaik untuk isterinya.

Selain majlis rasmi, Fasha juga dilihat tampil berhijab ke makan malam sempena hari jadi anak Nora Danish iaitu Putra Rayqal.

#OhmediaNasihat

Setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing, dan perubahan ke arah kebaikan adalah sesuatu yang wajar kita hargai. Jadi, daripada membuat spekulasi, lebih baik kita doakan yang baik-baik untuk sesiapa sahaja. Kita tak tahu cabaran yang mereka hadapi, tapi doa kita mungkin jadi kekuatan buat mereka.

fasha sandha

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Hib Glam


Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas