Connect with us

Oh! Media

“Saya Jaga Dia Hampir 19 Tahun, Kini Baru Nak ‘Offer’ Lepaskan Saya.. Dah Terlambat” – Edika Yusof

edika yusof

Oh! Artis

“Saya Jaga Dia Hampir 19 Tahun, Kini Baru Nak ‘Offer’ Lepaskan Saya.. Dah Terlambat” – Edika Yusof

Pelakon senior Edika Yusof akhirnya bersuara mengenai kemelut rumah tangganya selepas isteri tercinta, Nor Hidayah Yusri, memfailkan penceraian selepas 22 tahun bersama.

BACA: “You Boleh Judge Secara Luaran Tapi Yang Lalui Saya” – Isteri Edika Yusof Bersuara

IKLAN

Dalam laporan Kosmo!, Edika mengakui kecewa dengan keputusan isteri yang dibuat tanpa berbincang terlebih dahulu.

“Saya tak pernah minta dilepaskan”

edika yusof

Edika mengakui terkilan apabila minta ‘dilepaskan’ pada waktu ini sedangkan sudah setia menjaga isterinya yang lumpuh selama hampir dua dekad.

Saya dah kahwin lebih 22 tahun. Saya jaga dia hampir 19 tahun ketika sakit. Jadi, apabila pada waktu ini baru nak ‘offer’ untuk lepaskan saya, saya rasa dah terlambat. Dia cakap nak bebaskan saya, supaya saya boleh hidup baharu.

Ujar pelakon ini lagi, isteri memberi alasan mahu ‘membebaskan’ dirinya kerana mahu Edika memulakan kehidupan baru.

Tapi kalau itu niat dia, patut dari dulu beritahu. Saya pun tak pernah minta dilepaskan.

Lebih memilukan, Edika mendakwa segala usaha untuk berbincang ditolak mentah-mentah oleh isterinya yang didakwa tidak mahu berbincang lebih lanjut.

Edika Yusof cuba berbincang dengan isteri, tapi gagal

edika yusof

Edika turut menyatakan bahawa dia tidak pernah menyembunyikan apa-apa daripada isterinya, malah akaun bank dan telefon bimbitnya turut boleh diakses oleh Nor Hidayah.

Saya cuba ajak bincang, cuba WhatsApp, telefon, tapi dia elak. Saya tanya kenapa tak bincang dulu? Dia jawab, dah tak ada apa nak dibincangkan.

Edika turut mendedahkan bahawa tiga anak mereka tidak menunjukkan usaha untuk merapatkan semula hubungan kedua ibu bapa mereka.

Dua daripada anaknya kini bersama Nor Hidayah manakala seorang lagi bersama Edika.

Edika turut mendedahkan pernah mengalami kesunyian dan tekanan perasaan selama bertahun-tahun sehingga diserang kemurungan.

Saya jaga isteri saya bertahun-tahun. Tapi orang hanya nampak dia yang sakit. Orang tak nampak apa yang saya tanggung. Saya pernah kena anxiety. Saya jumpa kaunselor. Saya tak ada tempat nak luah.

Meskipun berdepan ujian berat ini, Edika masih berharap agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan penuh damai.

Beliau mengakui bahawa mereka sudah tidak tinggal sebumbung, namun enggan mendedahkan sejak bila.

Pssttt! Semoga segala urusan Edika dan Nor Hidayah dipermudahkan dan diberi ketenangan.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas