Connect with us

Oh! Media

ina naim

Oh! Artis

“Saya Dengan Arwah Suhaimi Saad Dah Putus Hubungan” – Dikecam Semakin Berubah, Ina Naim Buka Mulut

Di TikTok, penyanyi Ina Naim menjawab kritikan netizen yang mendakwa personaliti dirinya berubah sejak berkahwin baru.

BACA: Netizen Dakwa Ina Naim Berubah Lepas Kahwin Baru, Ini Sebabnya

IKLAN

Menurut Ina, dia masih seperti dahulu tetapi tumpuannya kini berubah kepada suami, Khairul Rizal. Dalam siaran langsung tersebut, Ina menegaskan hubungannya dengan arwah Suhaimi sudah terputus dan tiada kaitan lagi.

Ina nafi berubah, jawab komen netizen yang kasihan dengan arwah suami

Ina berkata, tindakannya di dunia tidak mempengaruhi arwah suaminya di alam sana. Namun, Ina berharap doa yang disampaikan buat arwah Suhaimi ‘sampai’ dan diterima Allah SWT.

Apa yang penting, Ina sentiasa memastikan anak-anak menjaga solat kerana itulah pahala yang akan mengalir buat arwah.

Sini saya nak cakap, saya dengan arwah Suhaimi Saad dah putus hubungan. Apa yang saya buat, dia tak tanggung dosa saya melainkan anak-anak bila buat dosa contohnya tak solat, arwah bapa dia yang kena tanggung dekat sana.

Tapi saya sangat berkeras dengan anak-anak supaya jaga amalam terutamanya solat. Sebab bila anak-anak tinggalkan solat, ibu bapa meskipun sudah meninggal akan terasa seksanya.

Ina juga menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya berubah menjadi lebih lantang selepas pemergian Suhaimi.

Live hanya untuk berniaga, bukan suka-suka

Katanya, sebelum ini Suhaimi lebih aktif di media sosial dan banyak menyampaikan ilmu, manakala dia berada di belakang tabir.

Dengan suami baharu, Khairul Rizal, yang kurang arif tentang media sosial, Ina kini mengambil alih peranan tersebut.

Manakala, Khairul Rizal banyak membantu dari segi urusan lain seperti jadual dan rundingan.

#OhmediaNasihat:

Dalam kehidupan, penting untuk kita terus maju ke hadapan dan memberi fokus kepada tanggungjawab semasa. Seperti yang ditunjukkan oleh Ina Naim, doa dan usaha kita yang berterusan adalah lebih bermakna daripada membiarkan komen negatif mempengaruhi kehidupan. Hargai pasangan dan keluarga kita, serta jaga amanah yang telah diberikan.

ina naim

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @inanagzjxfg


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas