Oh! Artis
“Saya Dan Bekas Suami Masih Bersahabat” – Lama ‘Hilang’, Fyna Jebat Tak Mahu Besarkan Cerita Cerai
Oleh
Penyanyi Fyna Jebat akhirnya muncul di khalayak ramai selepas ‘menghilangkan diri’ ketika bercerai dengan suaminya, Datuk Zainal Abidin.
Pasangan ini membuat pendedahan berkahwin pada awal Februari namun berpisah pada Mei lalu.

Sebelum bercerai, berlaku insiden di mana Fyna dan bekas madunya ‘bercakar’ di sebuah restoran di Shah Alam.
BACA: Isu Gaduh Tarik Rambut Di Restoran, Fyna Jebat Ada Sebab Enggan Ulas Lanjut
Dalam perkembangan terkini, Fyna berkata hubungannya dengan bekas suami masih baik. Dia juga dalam keadaan gembira dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Saya tak mahu besarkan cerita (penceraian) ini dan apa yang sudah berlalu biar ia terus berlalu. Saya dan bekas suami pun masih bersahabat.
Sekarang ini, Fyna hanya mahu fokus kepada kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan enggan mengulas lanjut mengenai apa yang sudah berlaku.
Lapor mStar, adik kepada Ayda Jebat ini muncul di konsert minggu keempat Famili Duo musim ketiga (FD3), pada Ahad.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
