Connect with us

Oh! Media

“Saya Cuma Buat Kerja..” – Zul Ariffin Jawab ‘Kritikan’ Netizen Mengenai Aksi Dukung Wanita

zul ariffin

Oh! Artis

“Saya Cuma Buat Kerja..” – Zul Ariffin Jawab ‘Kritikan’ Netizen Mengenai Aksi Dukung Wanita

Sebelum ini kecoh netizen mengecam aksi Zul Ariffin yang dilihat mendukung dan berpegangan tangan bersama Farah Abdul Aziz menerusi iklan bengkung Superwoman.

ADVERTISEMENT

BACA: Peluk Dan Dukung Wanita Bertudung, Peminat Sekali Lagi Kecewa Dengan Zul Ariffin

Zul Ariffin tampil memberi penjelasan bahawa aksi mesranya itu hanya bertujuan untuk mempromosikan produk bengkung tempatan yang berlaku dalam keadaan spotan dan tidak dirancang.

Bukan gimik atau strategi pemasaran

zul ariffin

Menerusi laporan Utusan, Zul menjelaskan bahawa aksi tersbeut bukanlah satu gimik atau strategi pemasaran, bahkan adegan yang dikecam itu tidak pernah dibincangkan.

Cuma, semasa penggambaran dilakukan, kami rasa mengapa tidak lakukan sesuatu yang menarik. Tiada lain, ideanya cuma nak ‘having fun’ sepanjang menjalani penggambaran tersebut.

Memang tak dirancang pun daripada awal akan ada babak seperti itu. Ia berlaku spontan. Tak sangka pula orang nak bercakap mengenainya dan kemudian jadi tular.

Tetapi, bagi saya, tentang bagaimana orang nak menerimanya itu subjektif. Kalau orang nak bercakap mengenainya dan katakan yang ia nampak macam promosi, terpulang. Mungkinlah, ia kemudiannya nampak menjadi.

Zul juga menyatakan dia tidak mampu untuk menutup mulut dan menghalang pandangan penonton mengenai aksi mesra yang menarik perhatian awam itu. Padanya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya membuat kerja dan bukan suka-suka.

Tak kisah kena kritik

zul ariffin

Zul juga menjelaskan dia tidak kisah kalau orang ramai mahu kritik atau kecam kerana dia hanya melakukan kerjanya.

Nak cakap pasal kritikan atau kecaman, itu semua dah saya anggap bak ‘sarapan pagi’. Maaf cakaplah…Apabila tiba bab kerja, memang saya akan komited dan fokus. Kita teruskan saja kehidupan.

Ini adalah bidang bisnes hiburan dan proses kreatif. Lagipun lakonan adalah kerja saya. Bukan saya yang pilih-pilih nak dukung siapa kalau diminta untuk buat kerja. Sekali lagi saya tegaskan, saya cuma buat kerja.

Zul juga turut mengatakan dia senang bekerja dengan team Superwoman dan suka akan bengkung yang dikeluarkan itu. Zul hanya mahu beri yang terbaik kerana team tersebut telah menggunakan namanya sebagai duta.

Harap ini dapat beri penjelasan kepada semua netizen yang di luar sana. Jangan kecam-kecam abang Zul lagi okay? Haha.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas