Connect with us

Oh! Media

Peluk Dan Dukung Wanita Bertudung, Peminat Sekali Lagi Kecewa Dengan Zul Ariffin

cover photo om 1200 x 675 2

Oh! Artis

Peluk Dan Dukung Wanita Bertudung, Peminat Sekali Lagi Kecewa Dengan Zul Ariffin

Pelakon kacak, Zul Ariffin mengundang rasa kurang senang peminat apabila dilihat bersentuhan dengan seorang wanita bertudung dalam iklan bengkung edisi istimewanya.

BACA:“Kata Dah Tak Nak Sentuh Perempuan” – Netizen Persoal Tindakan Zul Ariffin Pegang Muka Ruhainies

Menerusi video berdurasi satu minit dan 35 saat itu, pelakon filem Sangkar ini menunjukkan aksi romantis seperti berpelukan mesra, berpegangan tangan dan mendukung wanita itu.

IKLAN

Di ruangan komen, peminat merasakan perkara itu tidak manis untuk tontonan umum memandangkan wanita di dalam video memakai tudung.

Peminat turut merasakan iklan tersebut tidak bersesuaian dengan standardnya sebagai penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31.

1a
1b

Tambahan pula sebelum ini, Zul dilihat mendekatkan diri dengan agama apabila menyertai kerja-kerja kebajikan bersama tim Ebit Lew.

Pelakon ini bagaimanapun tidak mahu menyifatan perkara tersebut sebagai satu hijrah yang tergesa-gesa dan hanya ingin menjadi seorang muslim yang lebih baik setiap hari.

Kredit: Instagram Zul Ariffin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas