Connect with us

Oh! Media

“Saya Cuba Reda, Begitu Juga Dengan Dia” – Syamsul Tak Mahu Sakiti Perasaan Puteri Sarah

syamsul yusof ohmedia

Oh! Artis

“Saya Cuba Reda, Begitu Juga Dengan Dia” – Syamsul Tak Mahu Sakiti Perasaan Puteri Sarah

Pengarah, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi untuk sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lepas.

BACA : Syamsul Yusof Fail Permohonan Nusyuz Ke Atas Puteri Sarah

Menurut laporan mStar, selepas je selesai pagi tadi Syamsul turut memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya dengan isteri pertamanya itu ketika ditemui pihak media.

IKLAN
syamsul yusof puteri sarah ohmedia

Puteri Sarah dikatakan tidak dapat hadir pagi tadi kerana ada urusan lain yang melibatkan kerjanya di luar negara dan mahkamah telah menetapkan tarikh baru untuk sebutan kedua tuntutan yang difailkan itu pada 8 Mei nanti.

Hari ini adalah sebutan nusyuz, tapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana dia ada urusan di luar negara.

Saya pun tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.

Kita doakan yang terbaik. Kadang-kadang kita tak tahu yang terbaik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa saja di luar sana.

Bukan tu jer, Syamsul juga mengatakan yang dia terima dan reda dengan apa saja keputusan bagi Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk kes penceraian pada Isnin depan apabila ditanya pihak media.

Insya-Allah saya cuba reda dengan apa saja, mudah-mudahan begitu juga dengan isteri saya, Puteri Sarah.

Saya pun tak mahu mengeluarkan kenyataan yang melukakan Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik.

Semoga yang baik-baik sajalah buat pasangam selebriti ini. Kita sebagai orang luar, jangan jadi batu api dan biarlah mereka buat keputusan sendiri.

Kredit: mStar | Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas