Connect with us

Oh! Media

“Saya Bukan Mata Duitan” – Nabil Ahmad Tolak Jadi Duta Jenama Pakaian Lain Walau Bayaran Tinggi Sebab Ini

Nabil Ahmad

Oh! Artis

“Saya Bukan Mata Duitan” – Nabil Ahmad Tolak Jadi Duta Jenama Pakaian Lain Walau Bayaran Tinggi Sebab Ini

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad tidak mahu menerima tawaran menjadi duta jenama pakaian lain walaupun ditawarkan bayaran tinggi. Kenapa tu?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Oh! Bulan, Nabil berkata yang dirinya sudah masuk tahun kesembilan menjadi duta Jakel dan akan setia bersama jenama itu walaupun banyak pihak lain yang memberi tawaran kepadanya.

Pelawak itu juga pilih setia dengan Jakel bagi membalas budi mereka yang sentiasa ada bersamanya ketika tiada ‘job’ sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak. Ia kerana kesetiaan, sebab saya ingat lagi masa saya tengah tiada job waktu PKP hidup saya memang huru-hara, satu-satunya klien yang telefon saya minta saya buat video adalah Jakel. Tak bolehlah saya nak sebut jenama yang tawarkan saya itu. 

Banyak yang mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta. Untuk saya ia nampak macam berlawan, kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja nak tunjuk kau boleh beli kita.

Bukan tu jer, Nabil Ahmad juga berkata dia bukannya seorang yang mata duitan untuk kejar pihak yang bayar lebih dan langsung tak menyesal tolak tawaran-tawaran tinggi itu.

Saya tidak menyesal, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan tiada cara lain nak beritahu orang yang saya setia di sini. Saya letakkan kesetiaan pada itu, bukanlah saya letak nilai pada duit semata-mata. 

Jakel sudah bagi saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya saja tapi keluarga saya termasuk orang tua saya. Jadi di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu yang penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas