Connect with us

Oh! Media

“Saya Bagi RM100, Alhamdulillah Esok Tu Dapat RM100,000”- Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Sedekah

Oh! Artis

“Saya Bagi RM100, Alhamdulillah Esok Tu Dapat RM100,000”- Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Sedekah

Banyak kisah dan rahsia kejayaan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang kita dapat dengar sekarang ni. Ini semua dikongsikan sendiri oleh Siti untuk memberi inspirasi kepada peminat dan semua orang.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Terhibur Dengar Dato Siti Nurhaliza Nyanyi Sumbang Masa ‘Live’

Terbaru, Siti mendedahkan dirinya pernah didatangai seorang individu yang tidak dikenali dan meminta duit dengannya.

Siti bercerita pengalamannya memberikan wang sebanyak RM100 tanpa timbul perasaan syak wasangka ketika program Bisnes Bersama CTDK.

Individu datang minta RM50 dengan alasan nak isi minyak motor

Tolonglah cik…. tolonglah cik. Saya memang ada bawa dompet tetapi saya rasa masa bawa motosikal mungkin terjatuh. Saya perlukan sangat duit, saya perlu RM50 sahaja untuk isi minyak.

Saya nak cucuk duit kat mesin atm pun tak boleh, kad tak ada. Saya betul-betul tengah susah, saya tahan kereta lain, mereka ingat nak pau.

Jadi, saya tak fikir lama, terus bagi dekat dia. Saya bagi RM100, Alhamdulillah esok tu saya dapat RM100,000. Rezeki saya, bila kita percaya dan yakin, Allah akan bagi dengan mudah.

Mungkin ada yang rasa was-was bila orang tu kata nak isi minyak motosikal sampai RM50 kan? Tapi itulah kisah yang dikongsikan Siti dan dia memang tak was-was langsung dan terus bantu. Susah nak dapat hati bersih macam ni kan?

Apapun, Siti hanya ingin berkongsi betapa berkuasanya bersedekah. Sama-samalah kita amalkan perbuatan murni ini dan yakin dengan pertolongan Allah.

@cikjan_88 Hebatnya kuasa bersedekah by Dato Siti❤️bgusnya Tok Ti ni dia tak pernah bersangka buruk dengan orang ..sebab tu la rezeki dia tak lernah putus sampai sekarang..#ctdk #sitizen #fypシ #fyp ♬ original sound – Cikjan88

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas