Connect with us

Oh! Media

“Saya Ambil Vaksin Sebab Nak Lindung Anak-Anak Dan Pekerja Saya” – Siti Nurhaliza

siti

Oh! Artis

“Saya Ambil Vaksin Sebab Nak Lindung Anak-Anak Dan Pekerja Saya” – Siti Nurhaliza

Ramai golongan selebriti enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 namun, penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza mempunyai pendiriannya tersendiri dan mengambil suntikan vaksin demi menjaga keselamatan orang di sekelilingnya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Terima Kasih Peminat” – Siti Nurhaliza Hadiahkan Medley Buat ‘Subscribers’

Menerusi laman Gempak, Dato Siti mengatakan bahawa pengambilan vaksin juga dapat memberikan kelegaan kepada dirinya untuk terus aktif bekerja bertemu dengan orang ramai.

Mereka ada cara tersendiri

siti

Dato Siti mengatakan bahawa sebabnya mengambil vaksin adalah untuk melindungi keluarga dan orang sekeliling dari terkena wabak Covid-19.

Saya ambil vaksin sebab nak lindungi anak-anak saya daripada jangkitan. Begitu juga dengan orang yang bekerja dengan saya. Tidak bermakna mereka yang enggan mengambil vaksin itu tidak sihat. Mereka ada cara mereka tersendiri.

Masing-masing mempunyai hak terhadap proses pemvaksinan. Namun, saya hanya mahu berasa lega untuk meneruskan kerja-kerja saya dalam bidang seni.

Namun, walaupun sudah mengambil suntikan vaksin, Dato Siti tidak akan bertanya pada mana-mana individu jika mereka sudah menerima vaksin atau belum.

Apabila sudah mula bekerja, saya tidaklah bertanya adakah seseorang itu sudah vaksin atau belum. Saya percaya, mana-mana produksi atau stesen televisyen sudah pun mempunyai garis panduan sebelum mengelolakan sebarang program.

Saya juga yakin, stesen televisyen juga sangat menitik beratkan tentang prosedur operasi standars (SOP) dan setiap artis harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Dato Siti juga berkata bahawa semua pekerjanya di rumah atau di pejabat sudah menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

Staff rumah dan staff office semua saya hantar untuk dapatkan suntikan vaksin. Sebenarnya, kita mahukan yang terbaik dan selebihnya kita berserah kepada Allah SWT.

Kalau dah ditakdirkan dijangkiti walaupun sudah menerima vaksin, itu merupakan ketentuan-Nya dan kita harus redha seadanya.

Mengambil suntikan vaksin merupakan satu inisiatif untuk melindungi diri dan keluarga dari terkena wabak Covid-19. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengingatkan mereka yang belum vaksin untuk mengambilnya dengan kadar yang segera.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas