Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Peminat” – Siti Nurhaliza Hadiahkan Medley Buat ‘Subscribers’

siti nurhaliza

Oh! Artis

“Terima Kasih Peminat” – Siti Nurhaliza Hadiahkan Medley Buat ‘Subscribers’

Dato Siti Nurhaliza Tarudin merupakan seorang penyanyi terkenal di Malaysia dan mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia. Beliau juga digelarkan sebagai Diva Asia dan Ratu Pop Asia oleh peminat muzik di luar negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Siti Nurhaliza Dikritik Selalu Guna Filter Di Media Sosial

Dato’ Siti Nurhaliza yang telah memenangi gelaran sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak tujuh kali ini telah menghadiahkan nyanyian beberapa lagu secara medley sempena sejuta subscribers di YouTube.

Teruja dapat Gold Play Button

siti nurhaliza

Persembahan tiga video itu telah dimuat naik sejak dua hari lepas di YouTube rasmi Siti Nurhaliza Official. Persembahan Siti diiringi pemuzik, CT Band, diketuai oleh Pown Hasril.

Beberapa lagu telah dinyanyikan oleh Siti menerusi tiga video yang berasingan, seperti, Seribu Kemanisan dan Azimat Cinta, Aku Bidadari Syurgamu dan Takhta Dunia, dan video ketiga adalah Mungkin Hari Ini, Esok Atau Nanti dan Belum Siap Kehilangan.

Kalau ikutkan jadual persembahan lagu medley ini ditetapkan pada Rabu, namun jumlah masih berbaki 800 subscribers untuk mencapai sejuta.

Sudah menjadi rezeki, akaun YouTube mencecah angka Gold Play Button pada pada Selasa lalu.

Terima kasih kepada peminat. Terima kasih juga YouTube dan Google yang menyediakan platform mendekatkan diri antara saya dan peminat.

Menerusi laman Berita Harian, penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini mula aktif dengan YouTube sejak 25 Januari 2017.

Genap empat tahun sembilan bulan, YouTube menjadi medan perkongsian kerjaya, aktiviti dan kehidupan saya.

Terima kasih kepada pelanggan YouTube Siti Nurhaliza, semoga lebih banyak kandungan video dapat dikongsikan pada hari mendatang.

Dato Siti kelihatan begitu teruja untuk melakukan unboxing video bersama Gold Play Button yang dihantar khas dari YouTube buat mereka yang sudah cecah sejuta pengikut di YouTube.

Inilah video yang dimuat naik di laman YouTube Siti Nurhaliza Offical. Hilang rindu nak dengar suara lunak Dato Sini ni. Enjoy!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas