Connect with us

Oh! Media

“Saya Akan Buat Rayuan Di Mahkamah Tinggi, Ada Fakta Tak Betul” – Ali

Oh! Artis

“Saya Akan Buat Rayuan Di Mahkamah Tinggi, Ada Fakta Tak Betul” – Ali

Pelawak Ali Puteh difahamkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdapat beberapa fakta yang tidak tepat.

ADVERTISEMENT

BACA: Akhirnya Selesai, Nor Hidayah Menang Kes Saman Fitnah Lawan Ali Puteh

Dia bagaimanapun tidak dapat berkongsi apakah fakta yang dimaksudkan kerana enggan mengganggu proses rayuan di mahkamah nanti.

Saya akur dengan keputusan yang ditetapkan hakim. Cuma, saya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi sebab ada beberapa fakta yang tidak betul. 

Keputusan hari ini kalau kita tengok berpihak kepada dia, tapi saya masih diberi 14 hari untuk membuat rayuan dan insha-Allah saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengenai keputusan yang diputuskan hakim hari ini, Ali berkata dia akur dan okey sahaja. Dia menghormati keputusan itu dan langsung tiada rasa marah atau nak mengamuk.

@utusanonline Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 #trendingnewsmalaysia #viralnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #aliputeh ♬ original sound – Utusan Malaysia

Pelawak ini juga mahu membetulkan fakta di mana yang memulakan saman bukanlah dirinya. Kata Ali, kalau diikutkan dari awal, saman bermula selepas 15 hari arwah abangnya meninggal dunia.

Waktu itu, dia dituntut ganti rugi am sebanyak RM900,000. Menurutnya, dalam keadaan abang baru meninggal dunia, dia terpaksa mencari peguam dan merasakan perlu membalas kerana rata-rata netizen menganggap dia yang menyaman dahulu.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen pada Jumaat, memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.

Kredit: Harian Metro | Utusan Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas