Connect with us

Oh! Media

‘Saya Ada Semua Bukti Pembayaran’ – Aidil Zafuan Nafi Abai Nafkah Anak

Oh! Artis

‘Saya Ada Semua Bukti Pembayaran’ – Aidil Zafuan Nafi Abai Nafkah Anak

Kisah penceraian pelakon, Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi hangat. Konflik di antara mereka semakin diperkatakan apabila Rita Rudaini membuat tuntutan nafkah anak di mahkamah beberapa tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Aidil Zafuan menerusi Instagram menafikan dakwaan dia telah mengabaikan tanggungjawab kepada dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Dakwaan ini timbul apabila Aidil dikatakan membuat pernyataan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Aidil, selama ini telah memberi nafkah setiap bulan tanpa gagal kepada anak-anak seperti mana yang telah ditetapkan mahkamah. Malah, dia mempunyai semua bukti pembayaran yang telah dibuat.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, dia tidak lari daripada membayar cukai setiap tahun dan dia telah menyatakan setiap tanggungan kepada pihak LHDN.

Katanya lagi, pihak sana tidak menerangkan perkara yang sebenar sehingga menimbulkan keraguan orang ramai.

Saya harap anda semua jelas dgn penjelasan saya. Saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi selepas ni dan saya akan serahkan semua kepada peguam saya untuk tindakan lanjut.

Berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yg anda sendiri tidak pasti yg boleh menjatuhkan fitnah.

Saya minta anda jangan comment benda yg boleh mendatangkan perbalahan saya dan mengeruhkan lagi keadaan saya dgn pihak disebelah sana. Cakap dan doa yg baik-baik sahaja.

Banyak benda yg kita bole fikirkan di dalam situasi yg sedang melanda kita sekarang dari kita melemparkan kata-kata yg bole mendatangkan fitnah.

Katanya, selama ini dia bertindak mendiamkan diri kerana tidak suka bercerita di media sosial. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, penghinaan dan cacian.

Kredit: Aidil Zafuan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas