Oh! Artis
Rupanya Terjadi Sesuatu Antara Elly Mazlein Dan Nabil Ahmad Ketika All Stars Gegar Vaganza Tahun Lepas
Pengacara terkenal, Elly Mazlein mengakui pernah berselisih faham dengan Nabil Ahmad semasa mengacarakan All Star Gegar Vaganza (ASGV) dua tahun lepas.
Menurut laporan mStar, Elly berkata yang hubungan persahabatan mereka kini kembali seperti biasa.
Adik beradik pun boleh bergaduh, ini pula saya dengan Nabil. Memang ada merajuk sikit dengan Nabil masa ASGV, tapi apa lebih penting ukhwah antara kami masih kuat.
“Kami okay saja!” – Nabil Ahmad

Nabil pula menjelaskan bahawa isu antara mereka telah lama selesai selepas masing-masing mengambil masa untuk bertenang.
Saya dengan Elly okay saja, kami berkawan jadi nak kerja ke apa semua tiada masalah. Masa itu masing-masing ambil keputusan untuk beri ruang dulu dan sekarang dah okay.
Menurut Nabil, salah faham tersebut turut melibatkan beberapa pihak lain dan berlaku dalam keadaan yang kurang kondusif pada waktu itu.
Elly Mazlein pernah undur diri sebagai pengacara

Terdahulu, isu persengketaan antara Elly dan Nabil hangat diperkatakan selepas Elly secara tiba-tiba mengundurkan diri sebagai pengacara tetap ASGV bersama Nabil dan Jihan Muse.
#OhmediaNasihat
Hubungan kerja dan persahabatan kadang-kadang diuji dengan salah faham, namun sikap matang dan komunikasi yang baik dapat mengeratkan semula hubungan. Beri ruang, bertenang, dan cari jalan untuk berbaik semula.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM