Connect with us

Oh! Media

Rupanya Puteri Sarah Tahu Cerita Sebenar Dari Awal Sampai Akhir, Minta Doakan Bella Astillah

Bella Astillah Siti Sarah Aliff Aziz

Oh! Artis

Rupanya Puteri Sarah Tahu Cerita Sebenar Dari Awal Sampai Akhir, Minta Doakan Bella Astillah

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang pelakon jelita, Ruhainies yang juga merupakan pelakon terkenal di dalam sebuah kondominium mewah semalam telah mengundang perhatian netizen termasuk pelakon, Puteri Sarah dan rakan artis lain.

ADVERTISEMENT

BACAAliff Aziz Liat Sampai 3 Jam Nak Buka Pintu Lepas Kantoi Berkhalwat Dengan Pelakon Wanita Jelita Ini

Menerusi Instagram, Puteri Sarah meminta kita beri kata-kata semangat kepada isteri kepada Aliff Aziz itu dan mendedahkan yang dirinya tahu cerita dari awal sampai akhir.

Puteri Sarah

 Marilah kita sama2 beri semangat pada @bellaastillah. Janganlah kita judge dia. Yang dah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang.

Saya tahu cerita dari awal sampai akhir jadi tak baik kita judge dia. Berkatalah yang baik2 kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang. Sama2 kita berdoa untuk Bella.

Sarah juga memesan supaya orang di luar sana tidak patut ‘judge’ Bella dan sepatutnya hanya berkata yang baik-baik saja. Apapun, semoga Bella tabah dah kuat hadapi ujian ini. 

Sebelum ini, Aliff menerusi satu hantaran di Instagram Story berkata banyak spekulasi dan laporan yang melebih-lebih daripada apa yang sebenarnya terjadi.

BACA“Bukan Ingin Tegakkan Benang Basah” – Aliff Aziz Akhirnya Bersuara Isu Kantoi Berkhalwat

Suami kepada Bella Astillah itu juga meminta maaf dan akan tampil dengan satu keterangan untuk menjelaskan apa sebenarnya terjadi untuk mengelakkan lebih salah faham.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas