Connect with us

Oh! Media

Rupanya Lelaki Ini Yang Berjaya Tambat Hati Erra Fazira, Kantoi Muat Naik Gambar Tuan Badan Dan Ucap Terima Kasih

Copy of Untitled Design   2

Oh! Artis

Rupanya Lelaki Ini Yang Berjaya Tambat Hati Erra Fazira, Kantoi Muat Naik Gambar Tuan Badan Dan Ucap Terima Kasih

Nama penyanyi terkenal, Erra Fazira kembali menjadi tumpuan apabila dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa. 

Perkara itu buatkan ramai netizen mula meneka siapa lelaki bertuah yang berjaya mencuri hati bintang terkenal ini.

Menurut laporan HibGlam, lelaki yang dikaitkan dengan Erra itu adalah Ezwan Zain yang merupakan seorang usahawan yang memiliki kafe kuih terkenal di Lembah Klang.

IKLAN

Ezwan Zain juga muat naik gambar Erra Fazira 

Img 6985

Spekulasi semakin hangat apabila Ezwan memuat naik gambar Erra dalam InstaStory sambil mengucapkan terima kasih atas makan malam bersama sempena sambutan tahun baharu.

Terima kasih belanja makan malam awak. Selamat tahun baru dan salam Rejab.

Tidak cukup dengan itu, tinjauan Kosmo! Online mendapati mereka turut diraikan bersama di sebuah pusat karaoke semalam untuk sambutan hari lahir Ezwan.

Respon Erra sebelum ini

Dc647c78 40b0 4321 84ac dd85cddd955f

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Ezwan, Erra sebelum ini tampil memberikan jawapan yang cukup tenang tetapi penuh misteri.

Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak. Kalau tak jadi saya juga yang malu nanti.

Sebelum ini, InstaStory Erra yang penuh romantis turut menjadi perhatian. Gambar bayangan pasangan serta lagu Semoga Abadi nyanyian Misha Omar yang disekalikan dalam hantaran itu menguatkan lagi spekulasi bahawa hatinya kini dimiliki seseorang yang istimewa.

#OhmediaNasihat

Bila bercinta, berilah ruang dan masa untuk sesuatu hubungan berkembang secara semula jadi. Hormati privasi pasangan, terutama jika mereka berada dalam perhatian umum. 

Kita doakan yang terbaik buat Erra dan Ezwan, andai benar mereka berjodoh!

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: HibGlam


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas