Connect with us

Oh! Media

Rupanya Aliff Aziz Luah Hasrat Nak Bercerai Dengan Bella Astillah Sebelum Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies Lagi

Aliff Aziz Bella Astillah

Oh! Artis

Rupanya Aliff Aziz Luah Hasrat Nak Bercerai Dengan Bella Astillah Sebelum Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies Lagi

Penyanyi, Aliff Aziz rupanya pernah meluahkan hasrat untuk berpisah secara baik pada sekitar Februari lepas dan perkara ini didedahkan sendiri Bella Astillah. 

ADVERTISEMENT

BACABella Astillah Dedah Aliff Aziz Kantoi Curang Dengan Adiknya Sendiri

Menurut laporan mStar, Bella berkata ketika itu rumah tangga mereka dalam keadaan yang baik dan dia berasa terkejut dengan permintaan Aliff.

Pada 14 Februari Aliff meluahkan hasrat untuk bercerai sebab dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.

Masa itu saya pelik kenapa tiba-tiba hendak cerai? Tiada angin, tiada ribut tapi Aliff kata Allah yang bagi perasaan itu.

Punyalah sayang Bella dekat Aliff sampai terpaksa rendahkan ego waktu itu dan cuba pujuk Aliff untuk menarik balik hasratnya demi anak-anak.

Masa itu saya tak tahu lagi tentang kewujudan Ruhainies, jadi saya merayu supaya dia kasihankan anak-anak.

Saya pujuk Aliff sampai siap hantar video tapi dia kata sudah tak rasa apa-apa.

Dia beritahu nak cerai pada 31 Mac iaitu selepas selesai penggambaran drama. Sekarang saya tahu semua ini rancangan Ruhainies.

Bella juga mendedahkan yang dia melakukan solat sunat Istiqarah bagi mencari jawapan sepanjang tempoh menunggu itu sebelum Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies.

Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya, saya melalui setiap hari macam tiada semangat. Saya tertanya-tanya kenapa Aliff mahu ceraikan saya secara tiba-tiba.

Sebelum itu kami gembira pergi bercuti ke Pulau Pinang, kenapa tiba-tiba? Saya buat solat Istiqarah dan Allah tunjukkan kes khalwat… Inilah jawapannya!

Inilah juga sebab dia tidak pulang ke rumah dan mahu bercerai.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas