Connect with us

Oh! Media

Ruhainies Minta Tips Untuk Rambut Kejung, Sarah Yasmine Balas, “Saya Tak Pernah Ada Bapak Gula”

Ruhainies

Oh! Artis

Ruhainies Minta Tips Untuk Rambut Kejung, Sarah Yasmine Balas, “Saya Tak Pernah Ada Bapak Gula”

Sampai ke hari ini, isu kontroversi melibatkan Ruhainies dan wanita Singapura dikenali sebagai Sarah Yasmine tidak berkesudahan.

BACA: Ruhainies Selamba Tukar Bio IG Lepas Menangis Minta Maaf, Adik Beradik Pun Terjebak Perli

Malah, mereka dipercayai saling berbalas-balas sindiran di Instagram Story. Biar betul? Terbaru, Nur Ruhainies Farehah (NRF) bertanyakan para pengikut produk penjagaan rambut untuk mengatasi masalah rambut ‘kejung’ atau rambut gugur.

IKLAN
Ruhainies

Sarah Yasmine kemudian menjawab, jika ada masalah rambut keras atau kejung, ianya boleh diatasi dengan rawatan.

Tetapi sebarang perbuatan buruk tidak boleh diundur semula, malah pelaku dilihat semakin tidak tahu malu.

Ruhainies

Wanita Singapura yang mengaku kekasih kepada Aliff Aziz ini juga bersyukur dia tidak mempunyai masalah ‘eyebag’, kulit mukanya juga sihat apabila tidak memakai make up.

Tambahnya lagi, dia menanggung hidupnya dengan hasil kerja keras tanpa perlu tajaan ‘bapak gula’ atau wang kekasih.

Sarah Yasmine

Sarah berkata, dia tidak akan membalas jika pihak sana tidak memulakan terlebih dahulu.

Terdahulu, penerbit popular Erma Fatima meluahkan rasa kecewa dengan sikap Sarah Yasmine yang sudah membuka aib beberapa artis tempatan.

Erma menggesa supaya wanita itu berhenti untuk menghancurkan industri hiburan Malaysia.

Kredit: Instagram Ruhainies | Sarah Yasmine

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas