Connect with us

Oh! Media

“Road To PhD” – Genggam Ijazah Sarjana, Arja Lee Seronok Jadi Pensyarah Di Kelantan

Oh! Artis

“Road To PhD” – Genggam Ijazah Sarjana, Arja Lee Seronok Jadi Pensyarah Di Kelantan

Lama mendiamkan diri daripada bidang seni hiburan, pelakon Arja Lee rupanya sedang sambung pengajian dan kini sudah setahun bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

ADVERTISEMENT

Difahamkan, pelakon filem Anu Dalam Botol itu baru je menyambut majlis konvokesyen pada 3 Disember lalu di UPSI Tanjung Malim dalam bidang pengajian persembahan. Seterusnya Arja nak sambung ke tahap Doktor Falsafah (PhD) pula!

Jelas Arja, buat masa ni dia mahu fokus kepada karier barunya sebagai pendidik dan belum berhasrat nak kembali ke dunia glamour.

Katanya lagi, kehidupannya di Kelantan sangat sederhana dan tenang tanpa sebarang kontroversi.

Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.

Pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK Bachok ini berkata, dia berasa seronok menetap di negeri Che Siti Wan Kembang kerana kos hidup jauh lebih rendah dari Kuala Lumpur.

Pelakon ini mengaku dia terpaksa menjual kereta hasil titik peluhnya dalam bidang seni ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Bila lockdown saya tak bekerja, saving semakin lama semakin kurang. Apply untuk moratorium, bila dah beberapa bulan tertangguh terus jual kat Carsome. Dah tak ada kereta, balance daripada duit kereta tu boleh buat belanja. Masa tu saya tak mengajar lagi.

Menurut pelakon ini, di Kelantan dia menggunakan perkhidmatan e-hailing termasuk membayar pelajar untuk ambil dan hantarnya ke kelas.

Katanya semuanya sangat senang, tiada apa yang perlu dirumitkan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas