Connect with us

Oh! Media

Reda Dituduh Buat Gimik, Shuk Dan Individu Serang Gerai Air Sudah Berdamai

shuk sahar

Oh! Artis

Reda Dituduh Buat Gimik, Shuk Dan Individu Serang Gerai Air Sudah Berdamai

Tular semalam di media sosial apabila Shuk Sahar dilaporkan telah diserang oleh seorang individu tidak dikenali ketika sedang berniaga air di tepi jalan bersama rakannya.

ADVERTISEMENT

BACA: Shuk Sahar Diperli Tiada Pekerjaan Dan Diganggu Individu Tidak Dikenali Semasa Berniaga Air

Namun, setelah video tersebut menjadi ‘viral’, ramai pula netizen yang mempersoalkan keaslian video tersebut di mana ada yang mendakwa ianya seolah-olah diadakan secara sengaja semata-mata untuk perhatian dan tujuan promosi.

Shuk Sahar

Ditemui media, Shuk berkata dirinya reda meskipun dituduh sebagai penipu dan sengaja mencipta drama semata-mata untuk kembali relevan di mata peminat.

Dia yang sebelum ini terpalit beberapa kontroversi panas melibatkan hal rumah tangga sehingga mencetuskan kemarahan netizen sekaligus diberhentikan kerja sebagai penyampai radio Hot FM tampil memberi penjelasan.

Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing. Tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana apa yang saya tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal.

shuk sahar

Tambahnya lagi, dia sedar pada ketika ini apa pun penjelasan yang keluar daripada mulutnya akan tetap dianggap salah oleh netizen.

Malah Shuk juga telah berkongsi video pendek di mana individu yang memulakan provokasi itu datang dan memohon maaf atas ketelajurannya.

Jadi korang saya dah berjumpa dengan brader ini lah yang datang masa saya berniaga air tu. Apa yang kitorang nak bagitahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai.

Selepas sahaja berdamai, Shuk dilihat telah memadam posting asal mengenai kejadian tersebut. Malah individu itu turut mengakui tindakan itu tidak patut dilakukan memandangkan dia adalah orang dewasa.

Saya nak minta maaf pada Shuk sebab provok macam-macam dengan kata-kata yang tak patut saya cakap. Sebagai orang dewasa kan, saya minta maaf sangat.

Diharap isu ini reda memandangkan kedua-dua pihak sudah pun berbaik dan bermaafan.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas